suria

Menakutkan! Kerusi rotan di ruang tamu terus bergerak laju, remaja puas menjerit tak siapa dengar

Bayangan kerusi malas rotan bergerak sendiri benar-benar berlaku kepada seorang remaja. Foto Sekadar Hiasan

PERNAHKAH anda terbayang kerusi malas rotan usang yang terletak di bucu ruang tamu tiba-tiba bergerak sendiri? Hati-hati dengan bayangan anda kerana itu yang berlaku kepada seorang remaja apabila mengalaminya baru-baru ini.

Arham Munir, 15, memberitahu ketika kejadian dia tidur di ruang tamu rumah kerana neneknya bertandang dan tidur di biliknya.

Cerita Arham, pada awalnya dia tidak merasakan sesuatu yang pelik kerana sudah terbiasa melihat kerusi malas rotan itu di ruang tamu, namun malam itu dia berasa tidak sedap hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati-hati ikut laluan Senaling, jalannya sunyi dan gelap... Guna Waze nak ke A'Famosa tapi dibawa jumpa ‘nenek bongkok’ depan rumah usang!

"Saya mula rasa tak sedap hati apabila pergi ke dapur untuk ambil air sebelum terdengar paip air tandas tiba-tiba terbuka.

"Apabila saya jenguk tiada apa yang berlaku... Masa tu saya dah menggeletar, jadi terus saya ambil air dan kembali ke ruang tamu," katanya memulakan bicara.

Kerusi malas yang bergerak sendiri memang menyeramkan!

Tidak mahu terlalu memikirkan tentang paip air itu, Arham berkata, ketika mahu baring sebelum melelapkan mata dia mengalihkan kerusi malas rotan yang berada di sebelahnya, namun tiba-tiba dia berasa seram sejuk, malahan bulu romanya naik.

Namun katanya, dia tidak mempedulikan perasaannya itu dan terus menonton televisyen kerana masih belum mengantuk walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam.

"Dalam saya asyik menonton televisyen sekali lagi saya terdengar bunyi paip air terbuka dari tandas... Memang cuak masa tu.

"Tapi saya buat tak tahu kerana merasakan itu hanya khayalan dan bagi mengurangkan rasa takut saya kuatkan volume televisyen agar tidak terganggu dengan apa yang saya dengar dari arah dapur," ujarnya.

Ketenangan Arham nampaknya tidak lama kerana dia tiba-tiba terdengar bunyi barang jatuh di ruang dapur!

Kebetulan ayah saya ada gantung sesuatu di belakang kerusi itu sebab nak bagi kucing main... Bayangkan mainan kucing itu terhantuk-hantuk apabila kerusi itu bergoyang?

ARHAM MUNIR

"Sumpah saya tak tahu nak buat apa masa tu... Tak henti-henti saya baca ayat Kursi," imbaunya.

Ia bagaikan 'benda' yang mengganggunya itu sedar akan dirinya ketakutan, cerita Arham lagi, tiba-tiba kerusi malas rotan yang dialihkan tadi bergoyang laju seperti ada orang duduk di atasnya.

Bukan sekejap! Tapi kata Arham hampir lima minit kerusi itu bergoyang sekali gus membuatkan dia tergamam.

"Kebetulan ayah saya ada gantung sesuatu di belakang kerusi itu sebab nak bagi kucing main... Bayangkan mainan kucing itu terhantuk-hantuk apabila kerusi itu bergoyang?

"Memang kuat bunyinya sampai naik cuak saya... Nak kata kucing yang main, ia ada di sebelah saya sedang tidur," katanya.

Cubaan dia untuk mengejutkan adiknya yang tidur bersama di ruang tamu juga tidak berhasil, malah jeritannya memanggil ibu bapanya seolah-olah tidak didengari sesiapa.

"Saya terus tertidur kerana ketakutan dan apabila sedar jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari... Saya jadi terpingga-pingga kerana apa yang berlaku malam sebelumnya masih kuat di ingatan.

"Yang peliknya masa saya cerita kepada adik, dia beritahu saya sudah tidur dan lebih kurang pukul 1 pagi adik cuba gerak saya tetapi tidak berjaya.

"Sumpah saya tak mimpi dan apa yang saya nampak berlaku di depan mata, malah kerusi itu berada di tempat yang saya alihkan," katanya.

Masih keliru dengan apa yang terjadi, Arham memberitahu dia tidak berani untuk duduk di kerusi malas rotan itu kerana masih trauma dengan apa berlaku kepadanya.

Kerusi Malas Rotan, Misitk, Seram

Artikel Lain