suria

Patutlah ayat al-Quran dipasang di pejabat... Pekerja baharu histeria, wanita bersama anak bawa batu nisan muncul depan mata

Kesan tapak kaki (gambar dalam bulatan) selepas Alia menamburkan bedak ke atas lantai dan mejanya.

SEJAK mula bertugas di sebuah syarikat, Alia Razak tidak mengesyaki sesuatu yang buruk sedang berlaku di pejabatnya apabila ada pekerja yang sentiasa memasang ayat al-Quran sambil membuat kerja.

Hendak bertanya bimbang pertanyaannya disalahertikan namun Alia menganggap tindakan rakan sepejabatnya itu adalah bertujuan untuk mendapat ketenangan dan pahala kerana sentiasa mengingati Allah ketika bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami sedang buat roadblock, siapa yang balik makan tengah malam? Isteri polis tak tahan diganggu, nampak lembaga hitam setinggi kabinet dapur

"Daripada mula masuk pejabat sampai habis kerja mereka akan pasang ayat al-Quran... Mana-mana staff yang sampai dahulu mereka akan pasang.

"Saya langsung tidak terbayang mengenai perkara mistik. Saya sendiri pun rasa lebih tenang dan selamat apabila sentiasa mendengarkan ayat suci al-Quran," katanya.

Kebiasaannya kata Alia, dia akan bersendirian di pejabat memandangkan ada staff lain yang akan keluar berjumpa pelanggan atau menghadiri mesyuarat.

Lama-kelamaan katanya, dia mula berasa tidak sedap hati kerana sentiasa berasa gelisah dan takut seperti ada orang lain sedang memerhatikannya.



Gangguan diterima Alia dipejabat membuatkan dia tidak tahan.

"Memang setiap masa ada sahaja benda pelik berlaku. Bayang hitam melintas betul-betul di tepi mata, antara yang selalu terjadi.

"Itu belum lagi lampu pejabat tiba-tiba terpadam. Paling biasa saya alami adalah bunyi pintu pejabat dibuka. Apabila saya jenguk, tiada sesiapa di situ," ujarnya.

Jadi gelisah selepas rakan sepejabat dedah kisah sebenar

Bagi menyedapkan hati, Alia berkata, dia sentiasa memberitahu dirinya sendiri, semua yang berlaku itu hanyalah khayalan semata-mata.

Sehinggalah pada suatu hari, dia berbual-bual dengan rakan sepejabatnya dan mereka bertanya sama ada dirinya pernah mengalami perkara pelik ketika berseorangan di pejabat.

Semua perkara yang berlaku kepadanya kata Alia, disebut satu persatu kepadanya bagi mendapatkan pengesahan sama ada dia pernah mengalaminya atau pun tidak.

"Saya tersentak apabila semua pertanyaan itu pernah berlaku sepanjang saya keseorangan di pejabat.

"Saya tiba-tiba jadi histeria sehinggakan suara saya didengari staf di tingkat bawah dan mereka naik untuk melihat apa yang berlaku.

ALIA RAZAK

"Perasaan takut, panik, meremang semuanya ada apabila mereka menceritakan perkara sebenar. Barulah saya sedar, apa yang saya alami sebelum ini bukan semata-mata khayalan," ceritanya.

Keesokan harinya cerita Alia, dia berseorang di pejabat dan fikirannya mula terbayang pelbagai perkara yang diceritakan rakan-rakannya.

Sebagai pelindung diri, Alia memberitahu dia memasang ayat Ruqyah serta memakai jaket kerana bimbang bahunya ditepuk secara tiba-tiba.

Wanita bersama kanak-kanak, pegang batu nisan munculkan diri

"Bayangkan saya naikkan kaki ke atas kerusi sebab takut ada benda menggangu. Saya sengaja susun fail supaya pandangan saya tidak ternampak apa-apa bayangan.

"Tetapi tindakan saya itu membuatkan benda itu lebih berani malah sudah mula menjelmakan diri," katanya.

Ceritanya lagi, ketika dia sedang leka menyiapkan kerjanya, dia tiba-tiba ternampak seorang wanita bersama seorang kanak-kanak di koridor pejabatnya.



Makhluk itu berani memunculkan diri ketika Alia keseorangan di pejabat. - Gambar hiasan.

Tidak cukup itu, kelibat sama akan muncul pula sambil memeluk batu nisan membuatkan Alia kaku di kerusinya.

"Paling saya tidak lupa, apabila kelibat itu muncul di sebelah saya ketika saya baru hendak angkat takbir nak solat. Tapi apabila saya toleh, ia ghaib," katanya.

Gangguan itu terus berlaku kata Alia, meskipun sudah tidak tahan namun dia terpaksa bersabar kerana mengenangkan bukan mudah untuk mencari kerja lain ketika ini.

Tapak kaki kanak-kanak, Alia terkena histeria

Sehinggakan katanya, dia sudah mula terbiasa dengan gangguan diterimanya setiap hari dan memilih tidak mengendahkannya.

"Tapi ada satu hari, saya jadi tak tenteram buat kerja kerana terlalu banyak gangguan... saya menjerit minta benda itu tunjukkan dirinya.

"Saya ambil bedak bayi dalam beg dan saya taburkan di sekeliling meja dan lantai agar dia munculkan diri.

"Selepas lama saya tunggu, ia tidak munculkan diri... hati saya jadi tak sedap dan ambil keputusan untuk pulang ke rumah," katanya.

Ketika keluar daripada pejabat, Alia memberitahu dia teringat tertinggal jaket kesayangannya dan mengambil keputusan untuk masuk kembali ke pejabat.

Alangkah terkejutnya Alia apabila mendapati ada kesan tapak kaki kanak-kanak di atas bedak yang ditaburkan selain kesan tapak tangan di atas mejanya.

"Saya tiba-tiba jadi histeria sehinggakan suara saya didengari staf di tingkat bawah dan mereka naik untuk melihat apa yang berlaku.

"Seingat saya, selepas kejadian saya dihantar pulang oleh majikan dan diberi cuti untuk menenangkan diri," ceritanya.

Lebih menyedihkan Alia, majikannya ada memanggil ustaz untuk memulihkan pejabat itu namun setiap kali ustaz itu datang, dia akan mengalami histeria.

"Histeria yang saya alami membuatkan saya penat sebab saya cuba kawal badan sendiri tetapi tidak berjaya.

"Saya ambil keputusan untuk berhenti dan meskipun sudah tidak lagi bekerja di situ, rakan-rakan memberitahu mereka masih mengalami gangguan serupa," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain