suria

Ditipu puluhan ribu di awal pandemik Covid-19, akhir-akhir ini bisnes Nasi Lemak Berhantu diuji... pelanggan lalu depan gerai tapi tak nampak!

Deqwan berkongsi kisah bisnes yang diusahakannya menerusi TikTok.

PENGALAMAN ditipu sehingga puluhan ribu ringgit ternyata memberi kesan mendalam buat jejaka ini.

Hanya mahu dikenali sebagai Deqwan, dia mengalami tekanan perasaan sehinggalah menemui semula kekuatan untuk memulakan perniagaan pada hujung Jun lalu.

Tambah jejaka berusia 29 tahun itu, dia berasa lebih tenang sejak berniaga nasi lemak di sebuah gerai di Permaisuri, Cheras sehingga berjaya mengumpul pelanggan setia yang 'jatuh cinta' dengan air tangannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu pelanggan lalu lalang tapi tak singgah, belum apa-apa ustaz dah tersenyum lihat burung tiong ketika dipanggil periksa kedai disihir

ARTIKEL BERKAITAN: Telekung, tudung dicampak di restoran jadi misteri... Patutlah Ana Burger tanggung rugi!

"Ketika awal pandemik Covid-19 tahun lepas, saya kena scam face mask sebanyak RM43,000. Masa tu saya nak berniaga face mask, saya alami depresi sebab kes pun belum selesai lagi.

deqwamn6

Deqwan menjadi mangsa penipuan sehingga puluhan ribu ringgit pada tahun lalu.

"Namun, saya mula berniaga nasi lemak sejak Jun lalu. Saya pilih untuk berniaga makanan, benda keperluan manusia. Musim sekarang, orang tak nak beli benda-benda kemahuan, cuma beli keperluan saja.

"Saya pinjam khemah dan meja. Lagipun, saya berniaga bukan untuk buat duit, tapi untuk keluar dari kepompong, untuk sihat.

"Alhamdulillah ia membuahkan hasil. Saya pun bukannya nak untung banyak, cuma nak isi masa lapang. Pelanggan saya viralkan mengenai gerai saya, sebab lauk banyak tak padan dengan harga.

"Sampai orang beratur di gerai saya. Saya tak mampu buat sendirian, saya minta tolong rakan serumah. Ini peluang saya untuk berkongsi rezeki dengan rakan sebab mereka pun terjejas sejak pandemik Covid-19," ujarnya.

Sampai sekarang masih ada customer yang call dan WhatsApp, tapi saya nak ambil masa untuk bertenang dulu.

DEQWAN



Disebalik sambutan menggalakkan itu, perniagaan Deqwan bagaimanapun mula terjejas semula sejak lebih seminggu yang lalu.

Jika sebelum ini, dia mampu menjual 12 sehingga 15 kilogram (kg) nasi lemak sehari, namun jumlahnya mula berkurangan sehingga mematahkan semangatnya untuk berniaga.

Tambah pelik katanya, ada pelanggan mengadu dia tidak membuka gerai sedangkan operasi perniagaan itu berjalan seperti biasa.

"Saya dah lima hari tak berniaga. Saya ambil keputusan untuk rehatkan diri seketika. Saya pelik, pelanggan yang selalu datang mengadu kenapa saya tak buka gerai.

"Ada juga yang tanya melalui WhatsApp. Padahal memang buka. Biasanya sebelum ini 12 ke 15 kg nasi habis terjual pada pukul 11 pagi. Tapi akhir-akhir ini, tak sampai separuh terjual.

deqwan4

Nasi lemak hasil air tangan Deqwan.

"Lepas tu saya fikir balik, sampai bila nak macam ni, sebab tu saya pilih untuk berehat. Dah dekat seminggu saya tak berniaga," jelasnya.

Namun kata Deqwan, dia enggan bersangka buruk dan berfikiran bukan-bukan mengenai hal itu.

"Saya kalau boleh nak berlapang dada. Saya pun hanyalah peniaga tepi jalan yang menumpang untuk mencari rezeki. Saya tak expect untuk jangka masa panjang pun.

"Saya hanya berserah pada rezeki dan berfikiran positif. Sekurang-kurangnya sebelum ini saya dapat keluar berniaga, saya rasa sihat, itulah nikmat Allah yang saya sangat syukuri.

"Sampai sekarang masih ada customer yang call dan WhatsApp, tapi saya nak ambil masa untuk bertenang dulu," ujarnya lagi.

deqwan5

Gerai nasi lemak yang diusahakan jejaka itu.

Deqwan turut berkongsi kisahnya itu menerusi bingkisan video menerusi aplikasi TikTok.

Malah, ramai netizen turut meninggalkan komen dan mendoakan agar segala urusan Deqwan dipermudahkan dan dijauhkan daripada sebarang anasir yang tak diingini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tak apa. Awak stop dulu ya. Cepat-cepat berubat. Dah pulih nanti InsyaAllah boleh berniaga balik.

"Semoga abang kuat, InsyaAllah ada rezeki Allah bagi. Yang dengki tu semoga taubat, jangan tutup periuk nasi orang.

"Semoga sentiasa dilindungi Allah dan dimurahkan rezeki," tulis beberapa netizen.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain