PERNAH membaca kisah mistik di mana wujud entiti asing yang 'menumpang' di dalam gambar, wanita ini sama sekali tidak menyangka perkara sama turut dialami dirinya. Menerusi satu perkongsian di TikTok, wanita tersebut turut berkongsi gambar memaparkan entiti misteri yang 'menempel' di bahagian belakangnya ketika dia sedang bersalaman dengan ibu tersayang. "Dua tahun kemudian baru perasan... seram!" tulisnya pada perkongsian tersebut yang sehingga kini meraih lebih daripada 105,000 jumlah tontonan. ARTIKEL BERKAITAN: Pasang CCTV nak monitor anak tapi benda lain pula muncul... Wanita sarat mengandung meremang tengok rakaman, awal pagi dah ada kelibat putih di ruang tamu ARTIKEL BERKAITAN: Mulanya jumpa kubur, selepas itu terserempak gadis menangis tepi highway... ramai kata berani sebab siap rakam! - “Terus pecut motor, tak pandang kiri kanan dah!” View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Hanya mahu dikenali sebagai Azreen, wanita ini berkata gambar berkenaan diambil ketika dia sekeluarga menyambut Aidilfitri di rumah nenek dan datuknya di sebuah perkampungan di Merlimau, Melaka pada tahun 2014. "Biasalah pagi raya sesi bersalaman. Dalam gambar tu, saya sedang bersalaman dengan mak. Tiada apa yang pelik pun terjadi masa tu. Saya kemudian share gambar-gambar dekat Facebook masa tu. "Kemudian dua tahun kemudian, sajalah scroll balik gambar-gambar lama di Facebook sebab dekat telefon bimbit dah tak ada. Masa tu mata saya tertangkap satu benda pelik dekat belakang badan masa tengah tunduk salam mak. "Ia kepala seorang perempuan sebab ia berambut panjang, dan nampak sikit bajunya warna putih. Saya pun belek balik gambar-gambar lain masa raya tu untuk kepastian, siapa yang rambut panjang dalam keluarga kami. "Setahu saya, tiada. Arwah adik pakai tudung. Sepupu-sepupu pula hanya paras bahu dan berwarna perang. Lagi pelik, 'dia' pakai baju putih. Keluarga kami kalau raya pakai warna tema... warna putih hanya untuk majlis nikah," kata wanita berusia 30 tahun ini. Kelihatan entiti yang menyerupai kepala dan rambut panjang hitam pekat bertenggek di belakang Azreen. Menurutnya, gambar tersebut diambil oleh salah seorang sepupunya dari sudut tepi. Malah sebagai bukti gambar tersebut bukan rekaan atau suntingan, dia turut memaparkan gambar dari sudut belakang ketika dia sedang bersalaman, yang diambil oleh sepupunya yang lain. "Saya beritahu pasal gambar aneh tu pada ayah dan sepupu. Ayah saya tak cakap apa-apa walaupun dia pandai ubat orang. Dia kata tak ada apalah. "Sementara tu, sepupu-sepupu lain semua rasa seram. Kepala 'dia' macam terbenam, hanya nampak suku je. Tapi rambutnya panjang, hitam dan cantik. "Sebelum ini pernah tengok berita pasal gambar yang 'ditumpang' makhluk misteri, tak sangka jadi dekat saya pulak," ujar ibu kepada empat cahaya mata ini. Rumah pusaka arwah datuk Azreen yang kini dihuninya bersama keluarga. Tambah Azreen, rumah tersebut merupakan rumah pusaka datuknya dan kini dia yang menghuni rumah tersebut bersama suami dan anak-anaknya selepas datuknya meninggal dunia. "Nenek, mak dan ayah tinggal di tempat lain. Sekarang kiranya saya yang tinggal dan jaga rumah tu. Rumah ni dulu dikelilingi hutan... jiran sebelah pun jauh-jauh. "Dulu masa kecil, sepupu pernah tinggal di rumah ini dengan datuk dan nenek. Dia cerita, selalu sangat nampak makhluk seperti pocong dan pontianak. Disebabkan itu, datuk dan nenek 'pagarkan' rumah ini. Arwah adik pakai tudung. Sepupu-sepupu pula hanya paras bahu dan berwarna perang. Lagi pelik, 'dia' pakai baju putih. AZREEN "Alhamdulillah, saya yang dah tinggal di rumah ni sejak 2018 belum pernah lagi alami atau nampak benda bukan-bukan. Perasaan takut tu masih ada lebih-lebih lagi selepas jumpa gambar pelik tu. "Tapi saya berdoa agar kami semua dilindungi, dan tak nampak benda bukan-bukan lebih-lebih lagi saya ada bayi," ujarnya yang merupakan seorang suri rumah. Tidak menyangka videonya di TikTok meraih jumlah tontonan yang tinggi, Azreen berkata tujuannya memuat naik gambar berkenaan hanyalah sebagai perkongsian dan langsung tidak berniat untuk meraih publisiti. Salah satu gambar raya keluarga Azreen di mana mereka lebih gemar memilih tema warna selain putih. "Ada yang komen, gambar tu gambar sunting (sunting). Ada juga kata mungkin budak-budak lalu. Tapi saya sendiri yang tahu cerita dan situasi keluarga ketika itu. "Mungkin mereka tak percaya, tapi bagi saya benda-benda macam ni wujud. Dalam Al-Quran pun disebut pasal makhluk lain selain manusia. "Saya sendiri pun tak tahu edit dan bukan lapar viral... langsung tak. Tapi terpulang nak percaya tak, itu hak masing-masing. Orang bebas berkata apa-apa selagi belum kena batang hidung sendiri," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI