KALAU dahulu orang memilih untuk memakai cermin mata kerana menghadapi masalah pada penglihatan seperti rabun manakala cermin mata hitam atau sunglasses pula tujuannya bagi mengelak pancaran terik matahari. Bagaimanapun kini kaca mata sudah menjadi sebahagian daripada akseseori wajah bagi tujuan untuk bergaya. Namun begitu peminat kaca mata perlu tahu memilih aksesori berkenaan kerana kadang-kadang kita akan tertanya-tanya kenapa selepas dah digayakan, ia nampak seperti ada yang tak kena? Tahukah anda bentuk muka seseorang adalah penting dalam menentukan rekaan kaca mata yang sesuai dengan dirinya? Setiap individu mungkin pernah berdepan dilema ini, tidak terkecuali bagi mereka yang bertubuh gempal. Bagi mereka yang plus size, jangan bimbang. Ikuti tip ini untuk menyerlahkan lagi penampilan apabila berkaca mata. Kredit gambar: Tara Lynn (Instagram @heatherhazzan/Clearly.com) 1. Wajah lebar Bagi mereka yang memiliki bentuk wajah yang lebar, lensa berukuran lebih 51 milimeter (mm) adalah yang paling sesuai dan selesa bagi memastikan bingkai kaca mata berpadanan dengan saiz muka. Kredit gambar: Kelly Clarkson (AFP/Clearly.com 2. Wajah bulat Rekaan kaca mata yang paling sesuai adalah yang kurang berlengkuk dan yang boleh menyerlahkan garisan segi pada wajah si pemakai. Bingkai berbentuk segi empat boleh membuatkan wajah anda kelihatan panjang, kurus dan runcing. Kredit gambar: Mo'Nique (AFP/Clearly.com) 3. Wajah segi empat sama Kebiasaannya, mereka yang memiliki bentuk wajah ini mempunyai ukuran panjang dan lebar muka yang sama atau dahi lebar dan garisan rahang yang tajam. Anda boleh memilih bingkai yang lebih bulat atau oval untuk melembutkan garisan bersegi pada wajah. Contohnya, pilihlah kaca mata jenis aviator atau rama-rama. Kredit gambar: Oprah Winfrey (AFP/Clearly.com) 4. Wajah bujur Ini adalah bentuk wajah idaman kerana si pemakai boleh menggayakan apa sahaja bentuk bingkai tabir suria. Cuma, jangan pakai bingkai yang terlalu besar sehingga menyembunyikan bentuk wajah anda yang menawan. Mereka yang memiliki bentuk wajah hati mempunyai bahagian atas wajah yang lebar dan runcing di dagu. Jadi, si pemakai boleh cuba menggayakan tabir suria jenis ‘cat-eye’, rama-rama atau aviator bagi mengalihkan perhatian ke bahagian bawah muka dan wajah anda akan kelihatan lebih panjang. Kredit gambar: Aishwarya Rai (Reuters/Clearly.com) 5. Wajah bentuk hati Mereka yang memiliki bentuk wajah hati mempunyai bahagian atas wajah yang lebar dan runcing di dagu. Jadi, si pemakai boleh cuba menggayakan tabir suria jenis ‘cat-eye’, rama-rama atau aviator bagi mengalihkan perhatian ke bahagian bawah muka dan wajah anda akan kelihatan lebih panjang.