suria

Usia meningkat, berat badan pula umpama yo-yo... jangan putus asa kerana 5 amalan ini boleh bantu anda!

Rawatan Thermal Shape iaitu rawatan kontur badan bukan invasif untuk perut, punggung dan paha dalam membantu anda mendapatkan bentuk tubuh lebih menarik malah mengurangkan selulit di badan!

SEDAR atau pun tidak, usaha mengurangkan berat badan dan mendapatkan bentuk tubuh langsing semakin sukar apabila usia kita semakin meningkat.

Jangankan hendak melihat penurunan malah menjaga berat badan sedia ada pun semakin sukar walaupun pelbagai usaha telah dilakukan! Apa sebab situasi ini terjadi?

ARTIKEL BERKAITAN: Cukur bulu ketiak pun ada cara dan aturannya... jom semak!

Kajian dilakukan Journal Nature Medicine mendapati keadaan itu disebabkan lipid dalam jaringan lemak mula berkurangan seiring dengan peningkatan usia seseorang.

Lipid ini berfungsi sebagai agen penyimpan tenaga, namun apabila ia semakin berkurangan maka lebih mudah seseorang mengalami penambahan berat badan.

Bagaimanapun ia bukan pengakhiran kepada usaha anda sebaliknya terdapat beberapa tip boleh diamalkan bagi mendapat kesan lebih efektif.

1. Tukar rutin senaman

Mungkin sebelum ini anda lebih selesa dengan aktiviti tertentu seperti berlari, mendaki bukit serta bersukan untuk mengurangkan berat badan.

Apa kata tukar rutin tersebut seperti melalukan squat, plank, lunges, menaiki tangga dan sebagainya. Ia bukan sahaja mampu menurunkan berat badan malah membentuk tubuh menjadi lebih cantik serta punggung lebih anjal.

2. Kawal pengambilan kalori

Kalori adalah antara musuh bagi yang ingin menguruskan badan! Sebaik-baiknya kawal pengambilan kalori dan menggantikan dengan mengambil lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan serta serat dan protein dalam diet anda. Gula? Sama sekali tolak!

3. Air sangat penting

Dua tip di atas mungkin sia-sia jika tidak mengamalkan minum air putih kerana ia banyak kebaikan termasuk dapat membantu membakar kalori, selain sistem pencernaan dan sebagainya.

4. Mandi guna air panas

Setiap rumah pasti mempunyai water heater dan sebaik-baiknya mandi menggunakan air panas kerana ia boleh mengatasi masalah buncit serta membantu menghapuskan cecair lebih dalam dalam.

5. Thermal Shape

Bagi mendapatkan kesan lebih cepat apa kata cuba rawatan Thermal Shape oleh Strip iaitu rawatan kontur badan bukan invasif untuk perut, punggung dan paha dalam membantu anda mendapatkan bentuk tubuh lebih menarik malah mengurangkan selulit di badan!

Ia menggabungkan empat rawatan iaitu Peronggaan Ultrabunyi, Frekuansi Radio, Sedutan Vakum dan Tenaga Haba yang menyalurkan tenaga ke kawasan sasar iaitu lapisan dermis dan lemak.

Pelancaran rawatan Thermal Shape yang dihadiri ramai selebriti baru-baru ini.

Proses ini membentuk semula tubuh serta membaiki masalah kulit kendur dan paling best kesannya dapat dilihat serta merta, selain tidak memerlukan sebarang tempoh pemulihan.

Rawatan itu berfungsi memanaskan kulit tisu, mengecutkan serat kolagen, mencipta kesan mengetat dan penegangan serta merta.

Proses ini mengaktifkan fibrolas di bawah kulit, sekaligus menghasilkan kolagen baharu dan meningkatkan kekenyalan menyebabkan terhasilnya kesan anjal jangka panjang.

Kurus, Senaman, Strip, Thermal Shape

Artikel Lain