suria

Jangan terkejut, paracetamol antara 5 tip hilangkan kotoran kuning ketiak baju!

Kesan kuning pada baju akibat penggunaan deodoran sukar dihilangkan.

PAKAIAN berwarna lembut sama ada baju T atau kemeja sering kali akan berbekas warna kekuningan pada bahagian ketiak.

Kekotoran itu terjadi akibat peluh yang mengandungi garam serta kesan penggunaan deodoran setiap hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Bos Levi’s dedah 10 tahun tak basuh jeans miliknya, anda bagaimana?

Hal itu menyebabkan baju cepat rosak apatah lagi untuk menghilangkan kesan kuning itu sukar.

Tapi sebenarnya perkara itu boleh dielakkan menerusi beberapa tip ini.

Penggunaan deodoran boleh menghilangkan bau badan tetapi memberi kesan kepada pakaian anda.

1. Pakai baju selepas deodoran kering

Selepas menyapu deodoran pada bahagian ketiak, biarkan ia kering terlebih dahulu sebelum memakai baju.

Dengan cara ini dapat membantu mencegah cecair deodoran, wap air serta peluh menyerap pada bahagian baju anda.

2. Segera basuh baju

Jangan biarkan bekas deodoran dan peluh terlalu lama pada pakaian, sebaliknya cuba segera mencuci baju anda agar kekotoran itu mudah dibersihkan.

Caranya juga mudah - gunakan sabun pencuci yang dicampur dengan air sebelum menyental pada bahagian ketiak baju.

Cuka dan serbuk penaik boleh membantu menghilangkan kesan kotor pada baju.

3. Rendam dengan cuka

Jika sabun tidak memadai, cara terbaik adalah merendam baju anda dalam larutan cuka selamat 45 minit sebelum sental bahagian ketiak menggunakan berus.

Kemudian barulah mencucinya seperti biasa menggunakan air panas.

4. Serbuk penaik

Sama seperti cuka, serbuk penaik atau baking soda adalah agen pembersih luar biasa untuk pelbagai situasi termasuk pakaian.

Caranya mudah - campurkan tiga sudu serbuk penaik dengan secawan air sebelum lumurkan ke bahagian terkena kotoran. Biarkan selama dua jam sebelum cuci seperti biasa menggunakan air panas.

5. Bersihkan menggunakan paracetamol

Pelik, tapi benar. Hancurkan empat butir paracetamol sebelum campurkan sedikit air untuk melembutkannya. Sapu ke bahagian yang terkesan dan cuci seperti biasa.

Tetapi penggunaan paracetamol hanya digalakkan untuk pakaian berwarna putih sahaja.

Deodoran, Baju, Kuning

Artikel Lain