suria

Berani nak cuba rawatan seterika muka? Ini 3 fakta mengenainya

Terdapat pelbagai rawatan boleh dilakukan demi mendapat kulit yang kekal remaja!

SETERIKA wajah antara kaedah yang semakin mendapat perhatian bagi mereka yang berhasrat untuk menegangkan kulit muka.

Dalam bidang kecantikan, rawatan seterika wajah ini juga disebut sebagai radiofrequency tapi bukanlah menggunakan seterika sebenar untuk ditekap pada wajah!

ARTIKEL BERKAITAN: Muslimah tampak #ChantikberGAYA dengan berbelanja di KWC Fashion Wholesale

Sebaliknya, alat digunakan sama sekali tidak menyerupai seterika tetapi seperti tongkat kecil yang memancarkan energi panas untuk menembusi lapisan kulit.

Teknologi ini bukan sahaja boleh menegangkan kulit wajah tetapi merangsang pengeluaran kolagen, meremajakan kulit dan menghancurkan lemak di wajah.

Namun rawatan ini pernah mendapat tentangan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) kerana ia dipercayai boleh menyebabkan kanser.

Bagaimanapun sehingga kini tiada bukti kukuh kepada dakwaan itu dan kajian lanjut sedang dijalankan.

Jom ketahui lebih lanjut beberapa fakta menarik mengenai teknik 'seterika wajah' ini.

Alat radiofrequency yang digunakan untuk rawatan itu. Gambar Sekadar Hiasan

1. Prinsip menyerupai seterika pakaian

Prinsipnya sama seperti menggosok baju iaitu bagi menghilangkan kedutan pada wajah menerusi wap panas yang menembusi lapisan kulit.

Proses tersebut akan memberi anda kulit wajah yang lebih tegang, kenyal dan sudah pasti lebih remaja!

2. Mengatasi kedutan wajah

Akademi Dermatologi Amerika Syarikat (AAD) turut mengakui bahawa rawatan radiofrequency ini dapat mengatasi kedutan wajah.

Bagaimanapun, AAD mengatakan perawatan ini hanya akan benar-benar menunjukkan kesan selepas enam bulan menjalani rawatan.

Penggunaan krim dan rawatan kulit tambahan dapat memberi kesan lebih cepat.

3. Ada kesan sampingan!

Seterika wajah ini secara umumnya selamat jika dilakukan oleh doktor berpengalaman, namun setiap rawatan itu pasti ada kesan sampingannya.

Badan Pembedahan Kosmetik Amerika menyatakan antara kesan rawatan itu adalah pesakit akan merasai kesan terbakar pada wajah.

Hal ini berlaku sekiranya doktor menggunakan frekuensi terlalu tinggi sehingga gelombang panas dihasilkan juga berlebihan dan kenyataan itu turut disokong oleh beberapa badan lain. - TEMPO 

Artikel Lain