BAU badan adalah salah satu asas kebersihan yang patut dijaga oleh setiap individu kerana ia bukan sahaja membuatkan kita rasa kurang berkeyakinan, malah mengganggu orang lain. Sumber bau badan sebenarnya bukan daripada ketiak sahaja sebaliknya kepala, mulut hingga ke kaki boleh menjadi penyebabnya. Tapi jangan bimbang, masalah bau badan boleh diselesaikan asalkan kita tahu cara yang betul agar kekal wangi sepanjang hari. ARTIKEL BERKAITAN: Jom cuba... 5 campuran kunyit ini boleh kecutkan jerawat, juga putihkan kulit anda! ARTIKEL BERKAITAN: Bibir kering? Ada sebab jangan jilat guna air liur Berikut adalah beberapa tip yang boleh dilakukan; 1. Jangan sekadar mandi 'kerbau' Kebersihan tubuh sangat memberi kesan kepada bau badan, jadi pada waktu pagi jangan sekadar mandi 'kerbau'. Sebaliknya pastikan anda menyental bahagian yang mudah berpeluh seperti ketiak, celah peha, tengkuk, kepala dan kaki. 2. Guna deodoran Deodoran dapat membantu mengurangkan dan menghilangkan bau ketiak kerana kulit akan bertindak balas dan mencegah bakteria penyebab bau badan anda. 3. Sembur minyak wangi pada titik nadi Menyembur minyak wangi dengan cara yang betul dapat membantu aromanya bertahan lebih lama. Sebaiknya, semburkan minyak wangi anda ke titik nadi pada tubuh seperti tengkuk, pergelangan tangan, bahagian bawah punggung dan belakang lutut. Ini kerana apabila suhu badan meningkat, bau akan lebih berbau harum. 4. Sapukan krim atau pelembap pada kulit Jika anda tidak suka menggunakan minyak wangi atau deodoran, pelembap dan krim dapat membantu tubuh daripada berbau. Caranya juga mudah, selepas mandi sapu pelembap atau krim beraroma terutamanya pada titik nadi. 5. Pastikan kulit kepala bersih Kulit kepala turut memainkan peranan terhadap kebersihan dan bau badan. Sebaiknya ketika mencuci rambut, pastikan anda menggosok kulit kepala agar semua kuman dan bakteria terhapus.