KEMUNCULAN Neelofa ke acara karpet merah atau pertunjukan fesyen sering mencuri tumpuan bukan hanya kerana popularitinya sebagai pelakon dan pengacara, sebaliknya ramai ingin melihat fesyen yang digayakan. Boleh dikatakan apa sahaja yang diperagakan wanita berusia 31 tahun ini pasti akan menjadi bualan serta ikutan. Maka tidak hairan jenama Naelofar miliknya berjaya menjadi antara rangkaian fesyen berjaya di Malaysia. ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa masuk kelas bahasa Indonesia, bakal bintangi filem - “Saya ada cari rumah di Jakarta” Seperti tahun-tahun sebelumnya, kepergian Neelofa ke Milan, Itali bagi menghadiri Milan Fashion Week tahun ini nampaknya sekali lagi didakap dalam persalinan mewah pelbagai potongan dan warna. Tidak terlalu memilih stail yang eksentrik, sisi fesyen mogul yang ada dalam dirinya diserlahkan dengan padanan warna natural di samping aksesori mininalis melengkapkan gayanya. Maka tidak hairan, kehadirannya di Milan mencuri perhatian dunia dan mStar memilih lima look Neelofa sepanjang berada di sana; 1. Ferragamo Warna tanah liat dipilih bersepadan dengan hijab bagi menyerlahkan aura lady boss yang ada dalam diri Neelofa. 2. Versace Pertama kali menghadiri acara Versace, Neelofa memberikan statement mudah dalam trenchcoat biru serulean. Skarf berona hitam dan tas tangan kulit ular dipilih sebagai pelengkap gaya. 3. Maxmara Warna abu-abu meletakkan Neelofa sebaris dengan sosialita ternama, tetapi masih mencerminkan wanita dirinya sebagai muslimah timur menerusi penggayaan tudung yang cukup sinonim dengan gaya wanita Melayu. 4. Fendi Motif flora dengan rona musim luruh yang feminin, tetapi cukup ampuh untuk memaku mata khalayak di kota fesyen itu. 5. Prada Padanan busana yang memberikan ilusi boxy, cukup mudah meletakkan Neelofa sebagai individu yang berani bergaya.