suria

Sayang nak buang pakaian anda, tak ingat bila kali terakhir menyarungnya? Ikut 5 langkah ini

Bila kali terakhir anda tak sesak dada apabila bukan almari pakaian?

TANPA disedari, almari kita mungkin sudah penuh dengan pakaian yang sudah tidak dipakai. Jika perkara ini berlaku, maka ada baiknya ambil masa untuk selak kembali semua koleksi anda.

Jujurnya ia bukan perkara mudah kerana pasti ada di antara pakaian milik kita ada kenangan tertentu selain ia koleksi yang dibeli daripada jenama terkenal.

Bagi memudahkan proses menyingkirkan pakaian yang sudah tidak digunakan lagi, jom ikut beberapa langkah ini;

ARTIKEL BERKAITAN: Lama tak keluar rumah semasa PKP, mungkin beg tangan, kasut anda dah berkulat... Ini tip mencegahnya

1. Lelah tengok almari sendiri!

Ini adalah tanda paling utama untuk menyingkirkan koleksi pakaian anda. Membuka almari pakaian sepatutnya sesuatu yang menyenangkan selain dapat melihat semua barangan anda dengan teratur.



Percayalah separuh daripada pakaian dalam almari sudah tidak dipakai lagi.

2. Sudah lusuh!

Pasti ramai di antara kita mempunyai beberapa helai pakaian yang sudah lusuh tetapi kita tetap mahu simpan atau masih memakainya.

Itu sebenarnya ada benda pertama yang perlu anda singkirkan daripada almari dan tiada alasan untuk menyimpannya lagi.

3. Sayang, tapi tak pakai

Cuba tenung baju yang bergantung dalam almari - bilakan kali terakhir anda memakainya? Jika anda tidak ingat, itu adalah antara pakaian yang perlu anda keluarkan daripada almari sama ada dibuang atau disedekahkah pada golongan memerlukan.

Percayalah, jika anda mengatakan anda akan memakainya dalam masa terdekat, ia tidak akan terjadi dan satu-satunya cara untuk ia dipakai adalah dengan memberinya kepada orang memerlukan. Pahala pun dapat!



Perbezaan almari baju sebelum dan selepas dikemas.

4. Ketinggalan zaman

Baju yang anda pakai sejak 10 tahun lalu sepatutnya sudah dibuang kerana sedar atau tidak ia sudah ketinggalan zaman!

5. Memori buruk

Ada pakaian yang akan memberi kenangan baik untuk anda seperti perkahwinan, hadiah daripada yang tersayang atau pun hasil titik peluh daripada gaji pertama.

Namun jika sesuatu pakaian itu mengingatkan anda kepada perkara buruk seperti bekas teman lelaki - baiklah buang daripada menyemak dalam almari! Move on!

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Alamari, Pakaian, Mode, Lusuh,

Artikel Lain