MASALAH bibir kering adalah perkara yang biasa berlaku ketika sedang berpuasa disebabkan oleh hidrasi atau kandungan cecair sedikit dalam tubuh. Tidak seperti bahagian kulit yang lain, bibir sangat sensitif dengan kekurangan kelembapan dan ia turut mempengaruhi keadaan bibir yang tidak memiliki kelenjar minyak dan peluh untuk menjaga kelembapannya.ARTIKEL BERKAITAN: Sedap, kos pun murah! 5 buah ini mampu buat wajah anda cantik bercahaya Selain itu, kulit bibir 15 kali lebih nipis berbanding bahagian badan yang lain. Apa cara untuk menjaga kelembapannya sepanjang Ramadan? 1. Minum banyak air ketika bersahur dan berbuka Cara mengatasi bibir kering paling baik adalah menjaga kelembapan tubuh secara semula jadi iaitu dengan minum banyak air. Dengan air yang cukup terutamanya air putih - ia lebih mudah diserap tubuh dan badan tetap terhidrasi dan mengelakkan bibir menjadi kering. 2. Buah-buahan dan sayur-sayuran Tidak hanya air putih, buah-buahan dan sayur-sayuran juga boleh menjadi sumber cecair kepada tubuh. Ia bukan sahaja baik untuk bibir kering tetapi menambah vitamin dan mineral yang penting untuk menjaga kesihatan. 3. Pelembap bibir Gunakan pelembap bibir daripada jenis bahan jeli petroleum atau lip balm. Pilih pelembap bibir yang mengandung bahan selamat bagi yang mengalami kulit sensitif. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Pelembap bibir mampu membuatkan bibir tidak menjadi kering atau merekah selain melembapkan bibir sepanjang berpuasa. 4. Elak kebiasaan menjilat bibir Hindar kebiasaan menjilat bibir bagi melembapkannya. Ia sebenarnya akan menyebabkan bibir bertambah kering. Ini kerana air liur mengandungi asid yang mampu menyebabkan kerengsaan pada bibir. Selain itu, menjilat bibir juga boleh menghilangkan minyak semula jadi yang ada pada kulit. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!