DAGU berlipat atau double chin biasanya adalah antara kesan fizikal ketika seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan. Bagaimanapun, ada pula yang berbadan kurus tetapi dagunya berlapis! Dagu berlapis sebenarnya adalah lapisan lemak yang terbentuk di bawah dagu. Berikut adalah beberapa penjelasan mengenai masalah itu kepada mereka yang berbadan kurus dan cara menghilangkannya. ARTIKEL BERKAITAN: Pernah alami sakit tekak ketika bangun tidur? Ketahui sebab dan cara mengatasinya Badan kurus tapi ada double chin! Terdapat beberapa penyebab kepada masalah itu termasuklah; 1. Keturunan Ada sesetengah orang akan mengalami perkara itu disebabkan faktor keturunan dan biasanya ia akan menurun daripada satu generasi yang lain. 2. Peningkatan usia Tidak kira sama ada seseorang itu gemuk atau kurus, dagu berlipat merupakan perkara biasa seiring dengan pertambahan usia seseorang. Sejajar dengan peningkatan usia, tubuh secara semula jadi akan kehilangan otot secara perlahan-lahan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Kekenyalan kulit juga semakin berkurangan sejajar dengan peningkatan usia. Keadaan tersebut boleh membuatkan munculnya kulit yang mengeleber atau kendur di bawah rahang dan menyebabkan dagu seseorang berlipat. 3. Garis rahang tidak sekata Penyebab dagu berlipat juga boleh disebabkan daripada bentuk garis rahang yang tidak sekata atau seimbang. Cara menghilangkannya! Cara menghilangkan double chin perlu disesuaikan dengan penyebabnya, antara lain; A. Menggunakan pelembap wajah yang mampu menegangkan otot leher yang kendur dengan kandungan bahan seperti vitamin C, teh hijau atau kolagen. B. Urutan pada bahagian leher dapat merangsangkan penghasilan kolagen sehingga kulit lebih kenyal. C. Senaman adalah paling berkesan dalam mencegah dan mengurangkan masalah double chin anda. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!