suria

Percaya atau tidak... gaya tidur dapat bantu turunkan berat badan!

Tidur dalam gaya meniarap dapat membantu mengurangkan lemak di bahagian perut.

MENURUNKAN berat badan dan membakar lemak bukan perkara mudah kerana ia boleh menjadi kenyataan dengan menjaga pemakanan, bersenam, berdiet selain mengubah gaya hidup yang lebih sihat.

Akan tetapi, ada satu perkara yang mungkin kita tidak sangka tetapi mampu membantu membakar lemak khususnya di bahagian perut iaitu gaya tidur.

Siapa kata ketika tidur atau berbaring tidak boleh bantu menurunkan berat badan? Tetapi perlu diingat bahawa perkara ini sahaja tidak cukup sekiranya perkara lain tidak diamalkan termasuk menjaga pemakanan dan bersenam.

ARTIKEL BERKAITAN: Susah nak lelapkan mata? Cuba teknik '10-3-2-1’ yang dikongsi doktor ini untuk mudahkan anda tidur

Berikut adalah beberapa posisi tidur yang dapat dicuba agar lemak di perut dapat dikurangkan.

meniarap

1. Meniarap

Posisi meniarap umumnya dianggap sebagai gaya tidur tidak sihat kerana kesannya dapat memberi tekanan pada tulang belakang yang terdapat banyak titik saraf.

Selain itu, posisi itu dapat memicu rasa sakit di seluruh badan, baik pada bahagian sendi, punggung atau leher.

Bagaimanapun, penyelidik percaya bahawa posisi tidur itu dapat memberi tekanan tambahan pada bahagian perut dan mencegah penumpukan lemak berlebihan.

Bagi mengelakkan ia mempengaruhi kesihatan, anda juga boleh melakukan kombinasi gaya tidur dengan meniarap selama dua jam sebelum menggantikan gaya mengiring ke kiri atau ke kanan. Cara ini membantu mengelak gangguan pernafasan dan penyumbatan pengaliran darah.

Terlentang

2. Posisi terlentang

Tidur dalam gaya terlentang antara yang disarankan kerana anda berbaring dalam kedudukan horizontal dengan kaki lurus.

Bagi mereka yang sering mengalami sakit di bahagian punggung, lutut dan kaki - tidur dalam gaya terlentang sangat digalakkan. Selain baik untuk mendapat tidur lebih nyenyak, ia juga baik dalam menghalang pertumbuhan lemak di perut.

Ketika dalam keadaan terlentang, sistem dalam tubuh akan mengubah semua makanan dan minuman yang diambil sebagai tenaga serta mendorong lemak menghilang.

Mengiring

3. Mengiring ke kiri

Meskipun gaya ini dapat membantu membakar lemak di perut, ia juga mampu membantu memperbaiki sistem pencernaan dan kesihatan usus.

Ketika tubuh dalam keadaan mengiring ke kiri, makanan yang sudah dicerna dalam usus kecil lebih mudah memasuki usus besar sehingga dapat merangsang membuang air besar pada waktu pagi dengan lebih mudah.

Sementara itu, terdapat beberapa cara lain yang disarankan untuk membantu membakar lemak di perut.

1. Pastikan mengubah kedudukan tidur setiap beberapa jam supaya tetap berasa selesa dan tidur tidak terganggu.

2. Mengambil makanan dan minuman yang dapat melancarkan pencernaan tiga jam sebelum tidur.

3. Elak pengambilan makanan berat, minuman manis dan merokok sebelum tidur. Kebiasaan itu dapat memburukkan metabolisme tubuh anda.

4. Cuba menghindari tidur pada waktu siang. Alihkan perhatian anda dengan kegiatan yang membuatkan anda aktif bergerak. Tidur siang dapat menyebabkan insomnia yang boleh menggangu metabolisme.

5. Tidak hanya berharap pada posisi tidur, pastikan anda tetap bersenam secara rutin selain membataskan pengambilan kalori setiap hari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain