SONGKET Malaysia kini diakui Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) sebagai salah satu Warisan Budaya Tidak Ketara. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menjelaskan pemilihan itu dapat meningkatkan kesedaran dalam usaha melestarikan pelbagai warisan budaya di Malaysia.ARTIKEL BERKAITAN: Warna terang, motif kotak-kotak antara 4 fesyen dijangka popular 2022 Pun begitu, negara jiran Indonesia berasa terpukul dengan pemilihan itu memandangkan di sana juga mempunyai songket. Bagi memahami dengan lebih mendalam mengenai songket, ia adalah kain yang ditenun dengan menggunakan alat tenunan secara manual. Keindahan songket terletak pada penggunaan benang emas atau perak yang membentuk sesuatu corak songket. Songket cukup sinonim dalam budaya Melayu maka tidak hairanlah ia banyak digunakan di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Sementara itu, pereka fesyen Indonesia, Ghea Panggabean menjelaskan songket Malaysia dan Indonesia tidak banyak jauh berbeza terutamanya dari segi motif, warna dan padanan. Apa membezakan songket di Malaysia dan Indonesia? 1. Warna Menurut Ghea, rata-rata songket di Malaysia adalah berkonsepkan 'one colour'. Ini bermaksud, songket itu ditenun menggunakan satu warna dasar yang kemudiannya disulan menggunakan benang emas atau perak bagi membentuk motif dan corak. Berbeza dengan Indonesia, warna kainnya adalah seragam misalnya songket Palembang yang menggunakan dua warna yang digabungkan dengan benang emas. 2. Motif Selain daripada penggunaan warna yang pelbagai, songket Malaysia juga biasanya menggunakan motif bunga-bunga. Manakala di Indonesia, songket memiliki motif yang seragam. "Songket Palembang selalunya menggunakan benang emas yang berat dan motif dipengaruhi dari India. Misalnya, songket Limar menggunakan teknik 'double tie' dengan sentuhan tenunan songket benang emas sebagai gabungan di hujung kain seperti pucuk rebung dan bintang taburan," katanya kepada CNN Indonesia. 3. Kesesuaian Di Malaysia, songket biasanya dipakai ketika majlis rasmi, perayaan atau pun perkahwinan. Malah pekerja kerajaan di Malaysia khususnya kaum lelaki akan mengenakan baju Melayu dan memakai samping yang diperbuat daripada songket pada hari Jumaat. Kaum wanita pula biasanya akan mengenakan songket ketika bersanding dan acara-acara tertentu. Berbeza pula di Indonesia, songket hanya digunakan dalam majlis perkahwinan terutamanya di Sumatera. Ia dianggap sebagai pakaian golongan bangsawan dan hanya dipakai oleh raja sehari. "Sementara golongan wanita di Indonesia mengenakan kain songket dan selendang songket atau padanan baju kurung dan baju kebaya," tambahnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI