suria

Masalah berat badan, mood berubah mungkin sebab hormon tak seimbang... diet pelangi boleh bantu anda

Berat badan berlebihan juga berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.

HORMON merupakan zat kimia yang dihasilkan oleh sel-sel khusus kelenjar endokrin untuk mempengaruhi sistem dan proses yang terjadi di dalam tubuh manusia dan kebiasaan, penghasilannya mencukupi untuk pelbagai fungsi bagi memastikan seseorang individu sihat.

Ia memainkan peranan penting dalam keadaan fizikal, mental dan emosi seseorang kerana bertindak sebagai penghantar kimia antara setiap bahagian badan termasuk mood, berat badan dan selera makan seseorang.

Para wanita juga sering dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon kerana dikatakan mood mereka mudah berubah-ubah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pantang salah sikit nak mengamuk, ini 8 sebab lain buatkan seseorang mudah marah!

Bagaimanapun, beberapa perkara tertentu boleh mempengaruhi hormon dan memberi kesan kepada ketidakseimbangannya dalam badan.

Tahap hormon juga mula menurun selepas usia tertentu, malah ada yang mungkin mengalami penurunan drastik berbanding yang lain.

Mengikuti gaya hidup sihat dan mengambil makanan berkhasiat boleh membantu dalam mengekalkan kesihatan hormon dan keseimbangannya.

Pakar perubatan-perubatan dalaman, Pakar Diabetologi dan Endokrinologi, Hospital Apollo Spectra, Bangalore di India, Dr Tejaswini Patil berkongsi petua untuk mengurus keseimbangan hormon dalam badan.

Menurutnya, pengambilan makanan berkhasiat termasuk protein, karbohidrat dan lemak baik yang digabungkan dalam nisbah yang sempurna, adalah kunci untuk mengimbangi hormon secara semulajadi.

Berikut adalah beberapa pilihan pemakanan yang akan membantu memulihkan keseimbangan hormon dalam individu.

Buah-buahan pelangi membantu menyeimbangkan hormon.

Buah-buahan pelangi membantu menyeimbangkan hormon.

1. Diet pelangi

Pengambilan makanan berwarna yang berkhasiat membantu memaksimumkan pengambilan nutrisi yang sihat dan membantu dalam mengekalkan imuniti.

Mengambil setiap warna makanan dalam diet harian membantu dalam mendapatkan nutrisi maksimum.

Merah: plum, epal, strawberi, ceri, ubi bit dan tembikai.

Oren: buah-buahan sitrus

Kuning: avokado, safron dan lada benggala kuning

Hijau: daun hijau, kubis dan brokoli

Biru: beri biru

Ungu: kismis, terung, dan kobis ungu

Putih: pisang, halia dan cendawan

2. Lemak yang sihat

Badan memerlukan jumlah lemak yang baik untuk berfungsi dengan baik, kerana hormon berkembang pada pengeluaran lemak.

Memasukkan satu lemak baik dalam diet harian boleh membantu dalam mengekalkan keseimbangan hormon dan mempunyai diet yang sihat.

3. Ghee

Memandangkan minyak sapi adalah sumber vitamin larut lemak yang baik A, D, E, dan K2, seseorang boleh memasukkan minyak sapi ke dalam diet harian.

Minyak zaitun juga boleh dipertimbangkan bagi membantu dalam pengeluaran hormon.

4. Kekacang

Kacang tanpa garam dan walnut adalah sumber Omega 3 yang tinggi.

Omega 3 menyumbang kepada keseimbangan hormon kerana sifat anti-radangnya.

5. Minyak kelapa

Minyak kelapa terdiri daripada asid laurik dan MCT yang membantu dalam menghasilkan hormon dan membantu dalam mengurangkan berat badan.

Ia juga membantu dalam meningkatkan metabolisme dan merupakan sumber tenaga yang baik.

Pengambilan gula dalam makanan mahupun minuman perlu dikurangkan.

Pengambilan gula dalam makanan mahupun minuman perlu dikurangkan.

6. Kurangkan pengambilan gula

Pengambilan gula mempunyai kesan yang besar terhadap fungsi hormon, meminimumkan pengambilan gula boleh membantu dalam mengelakkan diabetes, penambahan berat badan yang berlebihan dan beberapa penyakit lain.

Terlalu banyak gula dalam badan akan menyebabkan pengeluaran hormon leptin berkurang sekali gus membawa kepada penambahan berat badan kerana pembakaran kalori menjadi rendah.

Mengurangkan pengambilan gula membantu dalam mengekalkan keseimbangan hormon.

7. Probiotik

Sistem penghadaman pastinya merembeskan banyak hormon. Oleh itu, ketidakseimbangan hormon boleh disebabkan oleh sistem penghadaman yang tidak betul atau keradangan dalam sistem penghadaman, maka adalah sangat penting untuk menjaga sistem berkenaan.

Makanan probiotik seperti susu mentega, air beras, dadih dan sup tulang adalah makanan yang ditapai yang merupakan sumber bakteria baik yang membantu dalam mencegah sebarang jenis masalah sistem pencernaan.

Makanan ini boleh disediakan dengan mudah dan membantu dalam menyelesaikan sebarang jenis masalah usus.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain