SIAPA sahaja yang tidak mahu kelihatan awet muda? Sudah pastinya semua wanita mempunyai keinginan untuk memiliki kulit yang cantik, tegang dan berseri seolah-olah tidak dimamah usia. Dengan kecanggihan teknologi ketika ini, banyak rawatan atau prosedur kecantikan boleh dilakukan di mana-mana klinik estetik atau pusat kecantikan. ARTIKEL BERKAITAN: Nak kelihatan awet muda umpama wanita Jepun... apa kata cuba 8 tip ini Namun tidak semua orang mempunyai kemampuan untuk memperuntukkan perbelanjaan bagi tujuan tersebut. Usah khuatir, apa kata anda cuba berikhtiar secara alami pula sebagaimana perkongsian seorang wanita ini di Facebook. Bunga telang banyak digunakan dalam masakan, salah satunya adalah nasi kerabu. -Gambar hiasan/The Star Di dalam perkongsian tersebut, beliau berkongsi cara menghasilkan minuman air bunga telang untuk menegangkan dan mencantikkan kulit wajah: Jom kita ikuti perkongsian beliau: Bahan-bahan: - Empat hingga lima kuntum bunga telang kering. Kalau guna bunga telang segar, gunakan beberapa helai sahaja. - Air panas 500 mililiter - Sekeping hirisan lemon Cara-caranya: - Rendam bunga telang dalam air panas buat seketika - Tuang di dalam gelas dan masukkan hirisan lemon - Masukkan sesudu madu asli - Sedia diminum. Boleh dicampur dengan ais batu. Bunga telang juga dikatakan berkhasiat untuk menstabilkan gula dalam darah dan membantu menurunkan berat badan. -Gambar hiasan Anda disarankan untuk mengamalkan minuman ini seminggu tiga kali secara konsisten untuk melihat keberkesanannya. Memetik perkongsian di portal HelloDoktor, bunga telang ternyata mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan seperti: 1) Dapat menstabilkan gula dalam darah 2) Mencantikkan kulit dan membuatkan rambut lebih berkilat 3) Membantu mengurangkan berat badan Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube