suria

4 tip berguna rancang semula kewangan jika anda dibuang kerja, hilang punca pendapatan

Anda perlu bijak merancang kewangan ketika berada dalam fasa tak bekerja. -Gambar hiasan

SETIAP daripada kita perlu bekerja untuk meraih pendapatan demi menyara kehidupan.

Bagaimanapun aliran tunai pastinya akan terhenti jika kita tidak memiliki pekerjaan.

Situasi ini boleh berlaku selepas anda berhenti atau dibuang kerja atas sebab-sebab tertentu.

Jadi, bagaimana anda boleh merancang kewangan dalam situasi getir ini?

1. Semak simpanan dan perbelanjaan

Anda perlu menilai aliran tunai semasa. Semak di mana anda membelanjakan wang dan asingkan ia kepada dua kategori:

Perkara wajib: Sewa/pinjaman rumah, ansuran kenderaan, makanan harian dan utiliti.

Perkara tak wajib: Membeli-belah atau langganan digital seperti Netflix dan Spotify.

Tentukan berapa banyak yang anda mampu belanjakan dan cuba simpan jika ada baki.

A young rider for delivery on work. Story on GIG Work. — FAIHAN GHANI/The Star

Anda boleh melakukan kerja sambilan jika mempunyai kenderaan sendiri. -Gambar hiasan

2. Semak hutang/pinjaman/komitmen

Anda boleh menghubungi pemberi pinjaman (bank) untuk bertanya tentang pelan pembayaran hutang.

Pemberi pinjaman mungkin menawarkan pelbagai pilihan untuk peminjam yang menghadapi kesulitan, termasuk pembayaran tertunda dan perjanjian penangguhan.

Mengurangkan beban hutang walaupun hanya untuk beberapa bulan mungkin memberi anda masa yang cukup untuk anda pulih dan kembali bangkit.

Yang penting, jangan malu untuk bertanya!

3. Bantuan keluarga dan kawan

Anda boleh menghubungi rakan dan ahli keluarga untuk memohon pinjaman peribadi.

Dengan cara ini, anda hanya perlu membayar jumlah yang dipinjam sahaja kerana mereka biasanya tidak mengenakan faedah seperti pihak bank.

Namun, janganlah pula kita mengkhianati kepercayaan mereka, bayarlah semula wang itu apabila anda mampu.

4. Kerja sementara

Proses untuk memohon kerja bukanlah mudah, malah ia mengambil masa yang lama.

Sementara menunggu tawaran baharu, anda boleh melakukan kerja sambilan di restoran makanan segera, pusat beli-belah dan sebagainya.

Anda juga boleh mencuba kerja-kerja biasa yang dibayar dengan gaji harian, sekurang-kurangnya ia mampu membantu anda untuk meneruskan kehidupan.

Jika anda memiliki kereta, boleh juga mendaftar untuk bekerja sebagai pemandu e-hailing.

Bagi pemilik motosikal, anda juga boleh bekerja sebagai penghantar makanan.

Dalam fasa ini, anda harus kuat dan tidak boleh berputus asa sehinggalah ditawarkan pekerjaan idaman dengan bayaran lebih lumayan.

Artikel Lain