suria

Udang Buttermilk... Fuh betul-betul buka selera

Sedapnya...

NYAM... nyam! Sedap tengok gambar udang buttermilk. Nak masaknya tak susah pun asalkan kita beli udang yang betul-betul segar. 

Kalau ada duit lebih tu boleh la buat guna udang galah tapi udang biasa pun boleh juga.

Yang penting bahan-bahannya sempurna, udang buttermilk ni akan menggamit selesa jika dimakan bersama sekeluarga.

Berikut ini perkongsian resipi air tangan Ratu Nia. Boleh mencuba!

Bahan-bahan:

10 ekor udang besar

serbuk kunyit/garam

3/4 batang daun kari (20 helai)

3 sudu butter/mentega

4/5 ulas bawang putih dicincang halus

Bawang besar dihiris dadu

4/5 biji cili padi

Setengah tin susu cair

Tepung jagung utk memekatkan kuah (kuantiti yang sedikit sahaja)

Cara-cara:

Gaul udang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, selepas itu goreng udang sampai bertukar warna keemasan dan pastikan ia tidak terlalu garing.

Selepas udang digoreng, asingkan pada pinggan terlebih dahulu.

Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan kemudian masukkan mentega lalu tumis bawang putih dan cili padi, daun kari sampai naik bau.

Masukkan susu cair dan masak sampai kuah pekat. Jika mahu lebih pekat, masukkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air.

Seterusnya, masukkan udang, garam dan gula serta susu pekat. Letakkan lebih sedikit supaya ada rasa manis, lemak dan masin.

Udang Buttermilk, resipi

Artikel Sebelum

Artikel Lain