NUTELLA berperisa coklat kacang hazel sememangnya begitu popular, apa lagi jika bukan kerana keenakannya. Kebiasaannya kuih tart selalu sinonim dengan inti nanas, namun kali ini anda boleh gunakan coklat Nutella pula sebagai intinya. Jom cuba buat Tart Nutella ini! Bahan-bahan: 125 gram mentega 40 gram gula perang halus 1 sudu kecil esen vanila 200 gram tepung gandum 1 sudu besar tepung jagung 40 gram serbuk badam 1 botol Nutella 350 gram Cara-cara: Pukul mentega, esen vanila dan gula dengan senduk kayu hingga sebati. Kemudian masukkan tepung dan serbuk badam. Gaul hingga menjadi doh yang lembut dan rehatkan selama 15 minit. Canai dan terap dengan acuan tart. Seterusnya bakar pada suhu 150C di rak bawah selama 15 minit. Keluarkan daripada ketuhar dan biarkan sejuk. Setelah sejuk, paipkan nutella ke atas biskut. Bakar semula di rak atas api dan bawah selama 15 minit hingga nutella set. Kredit: Blog Resipi Citarasa Wan