suria

Hanya 5 bahan... Daging Tok Chik licin sepinggan!

Daging Tok Chik hanya menggunakan lima bahan tetapi rasanya cukup enak!

SIAPA kata memasak perlukan bahan yang banyak dan pelbagai untuk menyediakan sepinggan hidangan enak?

Kadang-kadang penggunaan bahan minimum boleh bertukar menjadi hidangan yang lazat jika kita menggunakan sedikit kreativiti.

ARTIKEL BERKAITAN: Sotong goreng tepung pembuka selera paling enak!

Apa kata cuba Daging Tok Chik resepi daripada Zainon Johari seperti dikongsikan portal Kuali yang hanya menggunakan lima bahan sahaja!

Bahan-bahannya:

500 gram daging batang pinang

2-3 sudu makan minyak sapi

2 biji bawang besar

2 biji cili merah

Garam dan serbuk kunyit sebagai perasa

Cara-cara membuatnya:

Daging Tok Chik bukan sahaja hanya menggunakan lima bahan malah cara penyediaannya juga sangat mudah!

Mula-mula hiris daging menjadi potongan kecil dan sesudah itu perapkan daging dengan garam serta serbuk kunyit. Biarkan ia selama 10 minit.

Sementara itu, panaskan kuali dan masukkan daging untuk digoreng sehingga ia bertukar keperangan. Sesudah itu, masukkan minyak sapi dan gaul rata.

Tambahkan bawang besar dan cili serta perasakan dengan garam dan serbuk kunyit sebelum dihidangkan dengan nasi panas.

Daging Tok Chik, Resepi

Artikel Lain