KETIADAAN bazar-bazar Ramadan pastinya menimbulkan kerinduan dengan juadah-juara kegemaran sendiri.
Namun situasi norma baharu yang perlu kita jalani ini bukan bererti anda tidak boleh menikmatan juadah kegemaran. Asalkan ada minat dan usaha, pastinya makanan kegemaran itu boleh terhilang di meja makan anda.
Apa kata minggu ini anda cuma menikmati rempeyek dhal yang dibuat sendiri dan boleh dijadikan santapan selepas berterawih bersama keluarga.
ARTIKEL BERKAITAN: Ini 5 resepi popular sepanjang PKP... Anda suka yang mana?
Cara-cara membuat rempeyek kacang dhal seperti berikut:
Rempeyek kacang dhal yang siap dimasak sedia dimakan bersama keluarga.
2 cawan tepung beras
2 cawan santan cair
Telur sebiji
Jintan putih 1 sudu besar
Jintan manis 1 sudu besar
Ketumbar 1 sudu besar
* kisar semua bahan
Garam 1 sudu kecil
Gula 1 sudu kecil
Air kapur 1 sudu kecil
**Kacang dal rendam 1 malam
**Ikan bilis ikut lah nak tumbuh atau tidak
Campur dan bancuh semua bahan2 dia atas.
Pastikan acuan direndam terlebih dahulu didalam minyak yg betul-betul panas.