suria

Anak cerewet makan? Cuba buat cekodok ayam ikut resipi Hanis Zalikha, mesti berebut!

Resipi cekodok ayam atau nugget ayam homemade yang dikongsikan selebriti Hanis Zalikha.

ANAK-ANAK yang sedang membesar ada kalanya cerewet bab makanan.

Jenuh para ibu memerah otak berfikir setiap kali mahu menyediakan hidangan yang 'kena' dengan selera anak-anak.

Rasanya bermacam-macam resipi sudah dicuba, namun tidak semuanya berjaya menambat hati si manja.

ARTIKEL BERKAITAN: Cara ‘simple’ buat sotong sumbat telur masin masak lemak cili api... Jangan ‘derhaka’, ikut resipi ini pasti jadi!

ARTIKEL BERKAITAN: Bosan makan mi segera berkuah atau goreng... Tak sangka rupanya boleh dibuat donut, mudah sangat!

Apa kata, kali ini para ibu mencuba resipi cekodok ayam atau nugget homemade sebagaimana yang dikongsikan oleh selebriti jelita, Hanis Zalikha.

Sebut saja ayam, pasti anak-anak tidak akan menolak... tak percaya, jom cuba!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

nugget 1

Kesemua bahan-bahan A dimasukkan ke dalam pengisar untuk dikisar sehingga halus.

A) Bahan kisar

2 keping dada ayam

2 biji telur ayam

1 biji bawang merah

1 biji bawang putih

1 kiub pati ayam

1/2 cawan tepung jagung

1 sudu tepung serbaguna

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil lada sulah

B) Bahan salutan

1 cawan tepung jagung

1 sudu serbuk kari ikan

1 sudu kecil smoked paprika

1/2 sudu kecil serbuk kunyit

1 sudu kecil garam

1 cawan air

Serbuk roti

nugget 2

Bebola disalut ke dalam tepung, air bancuhan tepung dan serbuk roti sebelum digoreng.

Cara penyediaan:

1) Masukkan kesemua bahan A ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus

2) Masukkan kesemua bahan B ke dalam satu bekas (kecuali air dan serbuk roti) dan gaulkan dengan whisk biar kesemuanya rata.

4) Gunakan scoop aiskrim ataupun sudu untuk membentuk agar bahan kisaran menjadi bentuk bulat seperti bebola ayam. Namun terpulang apa jua bentuk mengikut kesukaan anda

5) Masukkan bebola ayam ke dalam bekas bahan B untuk menyalutinya

6) Lebihan bahan B tadi dibancuh dengan secawan air. Celup bebola ayam ke dalam bancuhan ini satu persatu

7) Salutkan bebola ayam dengan serbuk roti

8) Goreng ke dalam minyak masak yang sudah dipanaskan

9) Sedia untuk dihidangkan

Pasti cekodok ayam licin dalam masa beberapa minit sahaja... silap-silap tak cukup!

Resipi ini sangat sesuai untuk dinikmati ketika sarapan, minum petang ataupun untuk bekalan anak ke sekolah. Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain