suria

Tak pandang isu panas Alicia Amin, pengarah ada sebab ‘offer’ watak utama

Ada sebab pengarah, Kyle (tengah) menawarkan watak utama kepada Alicia Amin.

MEMILIH pelakon Alicia Amin membintangi filem The Disappearance of Irdina Adhwa, pengarah muda Kyle A Halim mengakui sudah bersedia jika ada mana-mana pihak mempertikaikan pemilihan aktres berkenaan.

Enggan memandang sudut kontroversi semata-mata, Kyle, 28, berkata dia mempunyai alasan tersendiri memilih bintang sensasi itu menerajui filem pertama terbitannya.

"Asalnya saya memilih pelakon lain tapi disebabkan tiada kata persetujuan, pengurus produksi mencadangkan nama Alicia dan saya terus bersetuju.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga kali tangguh... ‘Salina’ jadi filem Melayu pertama ditayang selepas pawagam dibuka

ARTIKEL BERKAITAN: Alicia Amin Berani Berimej Separuh Bogel

"Saya tidak menganggap pemilihan Alicia sebagai satu masalah kerana bagi saya bukan kontroversi atau sensasi jadi ukuran, sebaliknya saya mahukan pelakon yang boleh membawa karakter dengan baik.

"Kali pertama berjumpa, Alicia berbeza dengan persepsi yang dilemparkan kepadanya... jauh beza bagaikan bumi dengan langit. Dia sangat mesra, mudah didekati dan baik hati.

alicia 3

Kyle A Halim puji sikap Alicia.

"Sebab itu kita jangan menilai seseorang dari sudut luaran, kena kenal hati budi. Sepanjang bekerjasama dengannya, saya lihat Alicia rakan yang baik dan mudah untuk berbincang," katanya kepada mStar.

Pertama kali menerbit dan mengarahkan filem, Kyle berkata dia terharu melihat Alicia bersungguh-sungguh memberikan sokongan moral bagi merealisasikan projek berkenaan.

Malah, pelakon kelahiran Johor Bahru itu juga sanggup melaburkan wang dan idea bagi memastikan filem tersebut berjaya dihasilkan dengan sempurna.

Sebab itu kita jangan menilai seseorang dari sudut luaran, kena kenal hati budi

ALICIA AMIN

PELAKON

"Dia banyak bagi kata-kata semangat kepada saya sepanjang penggambaran. Saya masih ingat, Alicia menghubungi saya kerana tahu saya sedang mencari peralatan memanah untuk penggambaran.

"Sebenarnya saya tidak bercadang membeli peralatan memanah ini, tetapi Alicia mungkin tahu saya perlu berkira-kira dengan bajet. Dia bawa saya ke kedai yang menjual peralatan itu, dia ambil dan membayarnya," ujarnya.

alia 4

Kyle ada sebab pilih Alicia menerajui watak utama filem berkenaan.

Ditanya sebab utama pemilihan Alicia sebagai teraju utama, Kyle berkata kemampuan wanita itu bertutur dalam dialek Sabah dengan baik menjadi salah satu faktor Alicia layak membawa watak Sofia.

"Naskhah ini menggunakan 20 peratus dialek Sabah, selebihnya bahasa Melayu, jadi pemilihan Alicia sangat tepat kerana mampu bertutur dengan baik.

"Saya memang terkejut kerana Alicia bukan berasal dari Sabah tapi rupa-rupanya Alicia kerap ke Sabah untuk menyertai Pesta Kaamatan," katanya.

alicia 5

Alicia beri komitmen tinggi di set penggambaran.

Selain Alicia, filem sulung terbitan Kotaki Studios itu turut dibintangi Syazuwan Hassan, Josiah Hogan, Bulan Terry, Nafiz Muaz, Melanie Tan, Nelissa Nizam, Hasmira Azmi dan Abbas Mahmoud.

Filem The Disappearance of Irdina Adhwa yang menjalani penggambaran di Melaka dan Kundasang, Sabah selama 15 hari mengisahkan mengenai Sofia menyertai tujuh rakan kolej bercuti dan berkelah sebaik majlis graduasi selesai.

Namun berlaku kejadian tidak diingini dan diselubungi misteri apabila salah seorang rakannya terbunuh ketika mereka menginap di sebuah rumah peranginan pada malam pertama.

Bagaimanapun, Sofia dan rakan-rakannya terperangkap dalam rumah peranginan berkenaan dan tidak boleh keluar minta pertolongan untuk menyelamatkan diri.

Filem ini menemui penonton menerusi tayangan di Astro First pada 24 Februari depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain