BERMULA dengan tindakan murni menyelamatkan lebah, seorang remaja secara tidak sengaja menjadikan serangga berkenaan sebagai ‘anak angkat’. Segalanya bermula 7 Ogos lalu apabila Lacey Shillinglaw, 13 dan ibunya, Laura Pashley, 35, mengalihkan serangga itu ke tempat lebih selamat. Sejak daripada itu, lebah yang diberi nama Betty itu sentiasa mengekori Shillinglaw. Walaupun beberapa kali cuba menjauhkan diri, Betty sentiasa ikut Shillinglaw ke mana sahaja. ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan bawa alat penimbang ke restoran, tak puas hati stik yang dipesan kecil seperti hidangan kanak-kanak Shillinglaw berkata Betty tidur di atas meja di tepi katil dan sentiasa ikut ke mana sahaja termasuk ketika ke kedai atau pun beriadah bersama keluarga. “Betty cukup hebat. Saya akan sentiasa ingat. Saya fikir dia akan pergi tetapi ianya tidak berlaku. “Saya gembira dan suka menghabiskan masa dengannya. Saya sayangkan persahabatan ini,” kata Shillinglaw. Ketika ke kedai, Betty akan hinggap di kaca mata Shillinglaw dan situasi itu jelas mengejutkan pembeli yang lain. Shillinglaw memberikan air gula, madu dan jem strawberi kepada Betty. “Dia (Shillinglaw) begitu sayangkan Betty. Betty sentiasa bersamanya dan berada di bahagian muka, kaca mata dan juga jari. “Boleh dikatakan dalam sehari, 90 peratus mereka bersama. Saya tidak percaya yang Lacey tidak berasa takut,” kata Pashley. – Mirror Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI