suria

Doktor gigi dedah sebab tak boleh sarapan sebelum gosok gigi

Amalan gosok gigi selepas sarapan berisiko rosakkan gigi.

SEMUA orang tahu betapa pentingnya penjagaan gigi dan gusi tetapi dalam tidak sedar masih ada yang melakukan kesilapan besar.

Seorang doktor gigi menerusi akaun media sosialnya tampil berkongsi perkara terpenting yang perlu diikut dalam aspek kebersihan gigi.

Anna Peterson memuatnaik satu video di aplikasi TikTok menjelaskan kepada 39,500 pengikutnya tentang kepentingan memberus gigi sebelum mengambil sarapan.

Dentist

Anna Peterson berkongsi tips penjagaan gigi menerusi akaun TikToknya.

Ini kerana andai kata seseorang terus mengambil makanan, ia boleh menjejaskan kadar keputihan gigi.

“Tahukah anda yang kamu tidak boleh memberus gigi selepas sarapan seperti yang biasa dilakukan sebelum ini.

“Ada dua sebab. Apabila kamu mengambil sarapan, mulut kamu akan jadi lebih berasid.

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh ke mandikan kucing guna syampu manusia?

“Jadi apa kamu memberus gigi selepas sarapan, ia sebenarnya memberus asid ke dalam gigi dan ini akan menipiskan enamel.

“Memberus sebelum sarapan akan melindungi gigi daripada sebarang makanan yang dimakan,” katanya.

Video yang dimuatnaik Peterson mendapat tontonan lebih 819,000 kali dan meraih lebih 36,000 tanda suka.

Video itu juga mendapat banyak komen daripada pengguna aplikasi berkenaan yang turut berkongsi pendapat.

“Terima kasih. Saya sentiasa berus gigi sejurus bangun daripada tidur.”

“Kenapa tidak ada orang yang beritahu saya tentang perkara ini? Saya tidak pernah diberitahu oleh sesiapa pun tentang penjagaan diri ketika berada di sekolah.”

Selain komen terima kasih atas perkongsian tips, ada diantara pengguna meluahkan rasa kecewa dengan idea diutarakan Peterson kerana tidak mahu makanan yang dimakan terasa ‘sejuk’.

“Saya tidak sukan bijirin yang terasa ‘sejuk’....,” rujuk kepada komen pengguna yang tidak bersetuju dengan pendapat diutarakan Peterson.

“Tidak semua doktor gigi bersetuju dengan semua ini. Ada sesetengah doktor gigi berkata ianya tidak ada masalah selagi kamu lakukannya 30 minit selepas makan atau minum.” – Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

tiktok, doktor gigi, gigi putih

Artikel Lain