suria

Harapan palsu...Kajian dapati penghadang jernih tak mampu halang virus Covid-19

Penghadang jernih yang digunakan untuk mengekang penyebaran Covid-19 mungkin tidak berupaya untuk mengekang virus berbahaya itu sepenuhnya.

PENGHADANG jernih yang digunakan untuk mengekang penyebaran Covid-19 mungkin tidak berupaya untuk mengekang virus berbahaya tersebut sepenuhnya.

The New York Times melaporkan walaupun penghadang ini dikatakan berupaya untuk menghalang kuman, saintis yang mengkaji penyebaran titisan kecil atau aerosol, tiupan angin dan perudaraan berpendapat bahawa penghadang ini mungkin sekadar memberi "harapan palsu" kepada pengguna yang mengharapkan keberkesannya dalam melindungi mereka.

Malahan, penghadang ini dikatakan mungkin menyebabkan situasi lebih teruk.

ARTIKLE BERKAITAN: Doktor gigi dedah sebab tak boleh sarapan sebelum gosok gigi

ARTIKLE BERKAITAN: Remaja 13 tahun miliki anak angkat unik, tindakan murninya berjaya pikat Betty

Menurut laporan tersebut, penghadang yang diletakkan untuk melindungi kerani di sebalik kaunter umpamanya, berisiko untuk menolak semula kuman ke arah rakan sekerja atau pelanggannya.

Penghadang plastik yang digunakan di kedai atau sekolah di luar negara khususnya turut menghalang peredaran udara dan sistem pengudaraan.

Jelas laporan itu, kebiasaannya udara yang dihembus sewaktu kita berada di dalam sesebuah kedai, kelas atau pejabat akan tersebar dan dibawa oleh peredaran udara.

Tambah laporan itu, peredaran udara bergantung kepada sistem pengudaraan tempat tersebut kerana udara segar yang baru akan menggantikan udara di dalam bilik tersebut setiap 15 ke 30 minit.

Namun apabila penghadang plastik ini diletakkan, ianya secara tidak langsung mengganggu pergerakan udara dalam bilik.

Selain itu, alat tersebut juga mengganggu sistem pengudaraan serta mencipta lebih banyak ruangan mati atau dead zones, iaitu kawasan di mana partikel atau titisan kecil akan berkumpul.

Satu simulasi yang dijalankan sekumpulan pengkaji British mendapati apabila seseorang itu bercakap di sebalik penghadang, partikel yang terhasil tidak kena pada penghadang yang diletakkan sebaliknya berterbangan di udara sekitar.

Oleh itu walaupun seseorang individu terbabit tidak terkena partikel tersebut secara langsung, tetapi keberadaan partikel tersebut dalam udara bilik tersebut tetap berisiko untuk menjangkiti orang lain.

Namun penghadang ini dilihat berkesan untuk membantu menghalang penyebaran titisan air yang lebih besar seperti titisan hingus atau air liur seseorang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain