MENURUT cerita lama, perbalahan keluarga ketika perang saudara membawa kepada pembinaan sebuah rumah yang kini dikenali sebagai ‘Skinny House’ di Amerika Syarikat. Namanya langsung tidak menggambarkan nilai hartanah berkenaan dan ia sudah terjual pada harga $1.25 juta, bersamaan kira-kira RM5.21 juta. Skinny House yang terletak di 44 Hull St, Boston, North End di Amerika Syarikat itu berada dalam senarai untuk dijual pada harga $1.2 juta dan menurut Zillow, nilainya ditutup pada nilai $1.25 juta. “Ia menerima banyak tawaran,” kata Naib Presiden Ekskutif CL Properties, Travis Sachs. Rumah berkenaan berukuran 1,165 kaki persegi dan memiliki dua bilik tidur, satu bilik air, taman dan dek berbumbung. Ruang paling luas pula adalah 10 kaki manakala terkecil seluas 6.2 kaki. Mengikut cerita penduduk asal, seorang tentera yang baru pulang dari perang saudara mendapati abangnya sudah pun membina hartanah di tanah pusaka keluarga yang ditinggalkan ayahnya. Ekoran itu, anggota tentera berkenaan hanya memiliki ruang yang agak kecil. Penduduk tempatan mengatakan, disebabkan bengang, anggota tentera berkenaan kemudiannya membina Skinny House atau nama gelarannya Spite House itu untuk menyekat sinaran matahari daripada menyinari rumah abangnya. – Upi.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI