suria

Sampai macam itu sekali, nenek tergamak buat ujian DNA terhadap cucu sendiri!

NENEK itu nekad melakukan ujian DNA bagi mendapatkan kepastian adakah bayi itu benar-benar cucunya. — Gambar hiasan/Getty Images.

HANYA kerana tidak menyukai menantu, ibu mertua sanggup melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap cucunya.

Menerusi satu posting di Reddit, seorang lelaki tampil menjelaskan ibu bapanya tidak menyukai isterinya sejak hari pertama mereka dipertemukan.

“Saya bertemu dengan Sonya di sebuah restoran ketika dia bekerja sebagai pelayan. Saya kemudian perkenalkannya kepada ibu bapa saya tetapi mereka menyuarakan bahawa mereka tidak setuju.

“Ibu bapa saya hanya fikir Sonya sekadar mahu menggunakan saya untuk mencapai impiannya,” kata lelaki itu yang tidak mendedahkan identiti sebenar.

Lelaki itu turut menjelaskan, ibu bapa Sonya sangat gembira dengan lamarannya namun perkara sebaliknya berlaku di pihak lelaki.

Atas dasar itu, kedua-duanya ambil keputusan ‘kahwin lari’ dan menjemput abang Sonya serta beberapa kawan baiknya sebagai saksi.

Tambah lelaki itu, selepas menerima cahaya mata, ibu bapanya juga sering datang melawat dia dan isteri.

“Ibu bapa saya sering melawat kami dan suatu hari, mereka bermain dengan anak saya. Ibu saya berkata ‘adakah anda rasa bayi ini cukup comel? Saya gembira apabila mengetahui yang kamu adalah cucu saya’.

“Pada mulanya, ibu tidak sedar saya berada di berhampiran dan dia mula terkejut apabila saya bertanyakan tentang maksud sebenar apa yang diperkatakannya ketika itu.

"Setelah didesak, ibu saya akhirnya meminta maaf lalu memberitahu yang dia sebenarnya telah membuat ujian DNA terhadap cucunya bagi mendapatkan pengesahan.” - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

bayi, ujian dna, nenek, kahwin lari

Artikel Sebelum

Artikel Lain