suria

Bayi berusia setahun jadi influencer travel termuda di dunia! Bukan saja raih pendapatan bulanan, siap dapat tajaan lampin pakai buang

Briggs merupakan anak kepada pasangan blogger travel, Steve dan Jess Darrington.

BARU berusia setahun, namun bayi bernama Briggs Darrington sudahpun bergelar seorang influencer travel paling muda di dunia!

Briggs memperoleh RM4,150 setiap bulan daripada pihak penajaan dengan hanya mengembara ke seluruh Amerika Syarikat (AS).

Bersama dengan tajaan tersebut, bayi itu juga mendapat lampin dan tisu basah secara percuma.

Dilahirkan pada 14 Oktober 2020, Briggs melakukan kembara pertamanya ketika berusia tiga minggu dan kini sudahpun menaiki lebih daripada 45 penerbangan.

Bayi itu telah mengunjungi 16 negeri di AS dan sudahpun melihat beruang di Alaska, serigala di Taman Nasional Yellowstone, pantai di California dan pelbagai destinasi lain lagi.

Akaun Instagram miliknya @whereisbriggs yang dikendalikan oleh ibunya Jess Darrington, kerap membuat perkongsian sejak dia dilahirkan.

Akaun itu kini mempunyai lebih daripada 32,000 jumlah pengikut.

Briggs menetap di Idaho Falls bersama ibu bapanya yang merupakan blogger travel, Steve dan Jess Darrington. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain