suria

Jalan-jalan waktu malam, gadis ini hilang gigi dibelasah oleh pemandu Mercedes

Reegan akui trauma dan risau untuk keluar bersendirian selepas kejadian itu berlaku. Foto: Reegan Kay/ SWNS.

MALANG menimpa gadis berusia 21 tahun ini apabila dia kehilangan sebatang gigi akibat dibelasah, baru-baru ini

Reegan Kay pada waktu itu sedang berjalan pulang selepas keluar dengan rakanya di sekitar Bristol.

Sewalktu berjalan pulang, seorang lelaki menaiki Mercedes mendekati gadis itu sebelum menariknya masuk ke dalam kereta.

Lebih pilu, dia dibelasah tanpa belas ihsan sehingga mengalami kecederaan pada bahagian wajah dan gigi.

Sejurus kejadian, pelajar Universiti Bristol itu dibawa ke unit kecemasan sebuah hospital berdekatan oleh rakannya.

Mengulas insiden itu, dia akui trauma dan risau untuk keluar bersendirian.

"Saya tak boleh lakukan aktiviti sendirian. Nak pergi ke kedai pun saya perlu ada orang teman.

"Saya jadi paranoid. Saya tengok semua orang, saya rasa seperti mereka berniat jahat," ujarnya sebak.

Reegan turut berkongsi kisah itu menerusi Twitter sehingga meraih lebih 3,000 tanda suka (likes). - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain