suria

Menyamar sebagai pakar sakit puan, lelaki Itali perangkap 400 wanita jalani pemeriksaan faraj melalui pautan web

Lelaki Itali perangkap 400 wanita jalani pemeriksaan faraj melalui pautan web

POLIS Itali pada menggeledah rumah seorang suspek pemangsa seksual bersiri yang dipercayai menyamar sebagai pakar sakit puan untuk memujuk ramai wanita supaya menjalani pemeriksaan faraj melalui pautan web.

Polis di bandar selatan Bari merampas beberapa telefon bimbit dan kad memori daripada lelaki berusia 40 tahun itu, selepas mengintip panggilannya beberapa mangsa yang membuat aduan.

Lelaki itu didakwa menghubungi wanita-wanita yang sebelum itu menjalani ujian swab di klinik di merata negara, untuk memberitahu bahawa mereka mengalami "beberapa jangkitan faraj," menurut polis dalam satu kenyataan.

"Dia kemudian memujuk mereka untuk menjalani peperiksaan ginekologi secara dalam talian," katanya, sambil menambah bahawa "lebih 400 wanita di seluruh Itali" menjadi sasaran, dari Lazio ke Lombardia dan Calabria.

"Dia memperkenalkan dirinya sebagai seorang doktor. Dia tahu tarikh dan tempat lahir saya dan bertanya kepada saya sama ada saya sudah melakukan pemeriksaan ginekologi dalam beberapa bulan kebelakangan ini," menurut mangsa seperti yang dilaporkan akhbar harian Repubblica.

"Dia bertanya soalan yang semakin bersifat peribadi...kemudian meminta panggilan video melalui Zoom atau Hangout...(dan) meminta saya menunjukkan bahagian sulit saya untuk mengesahkan diagnosis," kata wanita itu, yang hanya dirujuk sebagai "Lucia".

Siasatan ke atas gangguan seksual itu sedang dijalankan, tambah polis. - NDTV

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain