suria

Tubuh seksi pada usia 55 tahun, bekas model Versace amalkan minum air kencing sendiri setiap hari

Bentuk badan Troy pada usia 55 tahun. foto @certifiedhealthnut/News Dog Media

SEORANG bekas model Versace mendakwa dia masih mempunyai bentuk badan yang menarik pada usia 55 tahun kerana meminum air kencing sendiri setiap hari.

Troy Casey, dari Arizona, Amerika Syarikat turut memberitahu, dia menyapu air kencing tersebut pada kulitnya selama hampir dua dekad.

Selain meminum air kencing sendiri dan menyapunya pada kulitnya sejak 17 tahun lalu, dia turut berpuasa air kencing selama seminggu dan menyapu air tersebut di bahagian dubur.

Dakwanya, amalan minum kencing setiap hari merupakan punca fizikalnya menjadi lebih menarik.

Troy pernah menjadi model untuk jenama fesyen terkenal seperti Versace sebelum menjadi jurulatih kehidupan dan kerohanian.

"Terapi air kencing merupakan amalan kuno dan ia tidak banyak diperkatakan.

"Kencing anda sendiri penuh dengan asid amino, sel stem dan antibodi.

"Saya minum air kencing saya sendiri setiap pagi. Menyapu air kencing merupakan salah satu cara membuatkan perut saya menjadi kempis," kata Troy. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain