suria

Remaja perempuan 15 tahun maut tertembak diri sendiri ketika rakam video TikTok

Laporan mengatakan remaja itu menemui senapang di bawah sebuah almari di rumahnya. foto AFP via Getty Images

SEORANG remaja perempuan berusia 15 tahun tertembak diri sendiri sehingga maut ketika cuba merakam video TikTok bersama senapang.

Ketika kejadian, Yazmin Esmeralda cuba merakamkan dirinya bersama senapang ringan Uzi 9mm di rumah neneknya di Guasave di Sinaloa, Mexico.

Dilaporkan dia menemui senapang itu di bahagian bawah almari dan meminta abangnya merakam video dirinya memegang senjata berkenaan.

Laporan mengatakan senjata tersebut mungkin milik bapanya, yang boleh bertanggungjawab di atas kematian itu.

Pendakwa Sinaloa, Sara Bruna Quinonez Estrada berkata, tidak dipastikan bagaimana senjata tersebut boleh berada di dalam rumah mangsa.

"Hakikatnya terdapat senjata di dalam rumah, yang tidak dikawal, adalah tanggungjawab orang dewasa yang mengetahui terdapat kanak-kanak di dalam rumah itu," kata Estrada.

"Dia memilih untuk merakam klip (dengan cara itu) menunjukkan bahawa belia kini dipengaruhi dalam budaya itu," katanya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain