suria

Roh semakin tua, mungkin berpindah ke alam lain... ahli paranormal dakwa bilangan hantu makin berkurangan

Dakwa Dr Lee, keadaan itu berlaku kerana roh-roh lama yang semakin tua. Foto: bonciutoma.

KEDENGARAN tidak masuk akal, namun ahli paranormal di Britain mendakwa hantu di negara itu semakin berkurangan.

Menurut Dr Paul Lee, keadaan itu berlaku kerana roh-roh lama yang semakin tua dan berkemungkinan sudah berpindah ke alam lain.

"Sejak Januari 2020, saya telah menghubungi semua lokasi yang dilaporkan berhantu pada aplikasi saya.

"Saya bertanya kepada penduduk, pemilik atau kakitangan jika mereka mengalami sebarang aktiviti yang tidak dapat dijelaskan.

“Setakat ini saya telah menerima hampir 800 balasan, mereka tidak mengalami apa-apa dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

"Nampaknya banyak hantu tidak aktif atau berpindah," ujar penyelidik dan pengarang paranormal itu.

Tambah Dr Lee, lokasi-lokasi berhantu seperti Istana Conisbrough di Selatan Yorkshire, Hotel Ettington Park di Stratford, Fortnum dan Mason di Piccadilly sudah kurang kes gangguan sejak kebelakangan ini.

"Boleh jadi roh mempunyai sumber tenaga semula jadi yang mula berkurangan dari masa ke masa, meninggalkan mereka tanpa rizab untuk muncul lagi," ujarnya. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain