suria

Padah jual content tak senonoh menerusi OnlyFans, gadis ini akhirnya ditahan polis

Dea ditahan pada Khamis malam. Foto: dok. istimewa.

KEBERANIAN gadis ini menjual foto seksi menerusi platform OnlyFans membawa padah apabila dia ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Dikenali sebagai Dea, gadis dari Malang, Jawa Tengah itu ditahan oleh polis di kediamannya pada Khamis malam.

Dalam satu video, kelihatan beberapa pegawai polis datang ke rumahnya.

Dia yang berbusana putih dan merah jambu kemudiannya keluar sebelum dibawa untuk duduk di ruangan menunggu.

"Kami sedang menjalankan siasatan jenayah berkaitan pornografi,” ujar salah seorang anggota lelaki.

Jelas pihak polis lagi, Dea ditahan kerana menjual gambar seksi di laman web OnlyFans. - Detik News.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain