MAYAT yang sedang dalam perjalanan dari hospital menuju ke rumah pengebumian tercampak keluar selepas van yang membawanya terlibat dalam nahas membabitkan lima buah kenderaan. Insiden tersebut berlaku di sebuah lebuh raya di New Jersey, pada Jumaat. Difahamkan, kemalangan berlaku apabila trak pikap yang membawa treler memuatkan seekor kuda merempuh bahagian belakang jip, sebelum ia merempuh beberapa buah kenderaan lain. Akibat rempuhan tersebut, mayat di dalam van Honda Odyssey tercampak keluar. Jabatan Polis Paramus berkata, mayat tersebut dibalut dengan kain dan ditempatkan di atas pengusung, namun dilaporkan tidak terjejas akibat kemalangan berkenaan. Tiga mangsa kemalangan dibawa ke hospital, namun tiada mangsa yang mengalami cedera parah. Sementara itu kuda yang dimuatkan dalam treler itu juga tidak cedera. Tiada butiran lanjut mengenai mayat tersebut setakat ini. - Dailystar Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI