suria

Tak boleh menyusu anak, wanita ini dianggap ibu yang kurang sempurna... akhirnya nekad buang bayi 1 bulan dalam perigi

Lokasi bayi itu dibuang oleh ibunya.

SEORANG wanita menjadi suspek utama kes pembuangan bayi yang juga anak kandungnya.

Menerusi kejadian di Jember, Jawa Timur, pada Rabu lalu, wanita itu disyaki membuang anaknya yang berusia sebulan dalam sebuah perigi.

"Kami sudah menetapkan ibu bayi itu sebagai suspek," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jember AKP Komang Yogi Arya Wiguna.

Suspek kini berdepan pertuduhan jenayah dan berkemungkinan dipenjara selama tiga tahun.

Hasil siasatan mendapati wanita itu bertindak sedemikian kerana sering dibuli.

Difahamkan, pelaku nekad membuang bayinya kerana tidak berupaya memberi susu badan selama ini.

"Suspek mengaku sering dibuli, dianggap wanita kurang sempurna kerana bayi itu tidak disusukan,” kata polis lagi. - Kompas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain