suria

Terperangkap 6 hari, 53 orang disahkan maut dalam kejadian bangunan runtuh

Seramai 10 mangsa berjaya diselamatkan. Foto: CNS via AFP.

SERAMAI 53 individu maut dalam kejadian bangunan runtuh yang berlaku di Changsha, China pada 29 April lalu.

Selepas enam hari, 10 individu berjaya diselamatkan manakala 53 yang lain disahkan meninggal dunia.

Sejak Jumaat minggu lalu, usaha menyelamat giat dijalankan demi mengeluarkan mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan logam dan konkrit.

"Kerja mencari dan menyelamat di tapak bangunan runtuh di Changsha telah selesai," lapor stesen televisyen milik kerajaan negara itu, menandakan berakhirnya misi tersebut.

"Orang yang terperangkap dan tidak dapat dihubungi dari lokasi nahas semuanya telah ditemui... 10 orang diselamatkan dan 53 orang mati," lapor stesen TV itu lagi.

Pegawai bandar Wu Guiying turut memohon maaf kepada masyarakat setempat atas kemalangan itu semasa sidang akhbar.

Bangunan berkenaan menempatkan pangsapuri, hotel dan pawagam.

Untuk rekod, kejadian bangunan runtuh bukan perkara luar biasa di China kerana piawaian keselamatan dan pembinaan yang lemah, serta rasuah dalam kalangan pegawai yang ditugaskan untuk menguatkuasakan undang-undang. - Kompas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain