suria

Wanita hidap ‘sindrom bau ikan’ terpaksa kerap mandi, sembur deodoran banyak gara-gara aduan rakan sekerja

Kelly bergelut dengan pelbagai gelaran nama yang diberikan kepadanya gara-gara mempunyai masalah bau badan.

SEORANG wanita bergelut dengan dengan keadaan yang sangat jarang berlaku, di mana badannya berbau seperti ikan.

Kelly Fidoe-White, 41, terpaksa menerima hakikat apabila disahkan menghidap 'Trimethylaminuria' (TMAU) atau gangguan yang lebih dikenali sebagai 'sindrom bau ikan'.

Individu yang menghidap TMAU lazimnya menghasilkan pelbagai bau badan yang kuat seperti ikan busuk, bawang dan najis.

Wanita berusia 41 tahun dari Oldham, Manchester, itu pertama kali mengalami simptom TMAU ketika berusia enam tahun, di mana dia menyedari air kencingnya berbau seperti ikan.

Apabila mencapai akil baligh beberapa tahun kemudian, Kelly menyedari bahawa dia mempunyai bau badan yang sangat ketara pada kebanyakan masa.

Dia akhirnya didiagnosis menghidap TMAU pada 2015 ketika berusia 34 tahun.

Disebabkan situasi tersebut, Kelly bergelut dengan pelbagai gelaran nama yang diberikan kepadanya selama beberapa dekad.

Dia juga mengambil inisiatif menukar pakaian dua kali sehari dan menggunakan semburan deodoran yang banyak untuk menutup bau badannya.

Malah Kelly berkata dia pernah mandi empat kali sehari bagi menghilang bau badan.

Pernah satu masa, ibunya terpaksa ke tempat kerjanya untuk menghantar pakaian tambahan selepas seseorang mengadu kepada pihak pengurusan mengenai bau badannya. - Mirror.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain