suria

‘Bungkus Night’ kantoi! Polis tumpaskan parti seks caj pelanggan RM74

Polis mengadakan serbuan terhadap pasti liar yang diadakan di Jakarta Selatan. -gambar hiasan

POLIS menahan lima individu yang dikaitkan dengan dakwaan parti pelacuran di sebuah pusat spa dan urut.

Penahanan itu dibuat oleh pasukan polis di Jakarta Selatan di Indonesia.

Ia susulan poster 'Bungkus Night Vo. 2' menjadi tular pada hujung minggu, yang mempromosikan parti seks pada 24 Jun.

Menerusi poster berkenaan, jelas menunjukkan terdapat pekerja seks bakal hadir ke parti tersebut.

"Datang dan bungkus siapa saja yang kamu mahu," menurut keterangan poster itu yang menetapkan kadar bayaran AS$16.86 (RM74).

Pelanggan juga akan diberikan bilik.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat langgan pelacur tak kesampaian, pekerja kilang rugi RM11,300

Perkataan 'bungkus' yang dimaksudkan di dalam poster berkenaan adalah 'membawa pulang wanita'.

"Berdasarkan soal siasat (terhadap suspek), apa yang mereka maksudkan dengan 'bungkus' ialah hubungan intim," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jakarta Selatan, Ridwan Soplanit pada Isnin.

Berdasarkan tajuk poster itu juga, polis mengesahkan parti 'bungkus' telah diadakan sekurang-kurangnya sekali sebelum ini.

Menurut polis, mereka kini memburu individu yang bertanggungjawab menganjurkan parti edisi pertama.

Polis kini menutup sementara pusat spa tersebut. - Coconuts Jakarta

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain