suria

Ethan Nwaneri pemain termuda Arsenal dalam Liga Perdana

Nwaneri menjadi pemain termuda dalam Liga Perdana.

ETHAN Nwaneri yang baru berusia 15 tahun menjadi pemain termuda kelab Arsenal dan terlibat dalam saingan Liga Perdana.

Remaja tersebut dibawa masuk untuk menentang Brentford pada minit ke-90 bagi menggantikan Fabio Vieira di Stadium Komuniti Gtech.

Meskipun sudah mendahului tiga mata pada masa tersebut, peminat kelab masih mempertikaikan tindakan jurulatih yang membawanya masuk ke padang.

Nwaneri yang dilahirkan pada Mac 2007 telah 'dinaikkan' pangkat ke latihan pasukan pertama minggu ini selepas membuat penampilan sulung Bawah 21 pada awal September.

Rekod itu sebelum ini dipegang oleh pemain remaja Liverpool Harvey Elliott, yang berusia 16 tahun 30 hari ketika dia menggantikan pemain dalam saingan menentang Fulham.

Terkini, Nwaneri pula dicatatkan berusia 15 tahun dan menjadi pemain skuad utama termuda dalam sejarah Arsenal.

Penyerang tengah itu sebelum ini telah merekodkan empat gol dan bantuan dalam empat perlawanan liga antara Bawah 18 dan Bawah 21 tahun. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ethan Nwaneri, pemain termuda, Arsenal,

Artikel Lain