suria

Tukang cuci cuba sebar STD, tergamak kencing dalam botol minuman pekerja wanita

Rakaman kamera tersembunyi menjadi bukti Diaz kencing dalam botol minuman wanita itu.

SEORANG petugas kebersihan yang menghidap jangkitan kelamin (STD) telah ditangkap selepas menyebarkan penyakit itu kepada seorang pekerja.

Berdasarkan rakaman video, Lucio Catarino Diaz, 50, memasukkan alat sulitnya ke dalam botol minuman milik seorang pekerja wanita.

Malah, dia turut kencing dalam botol tersebut dengan niat menyebarkan penyakitnya.

Sebelum itu, mangsa yang bekerja di pejabat doktor di Lebuhraya Timur Houston pada Ogos mendapati air yang dikeluarkan dari dispenser tempat kerjanya mempunyai rasa dan bau yang aneh.

Disebabkan rasa masam, wanita itu membuang air dan membuang botolnya.

Dia kemudian membawa masuk botol air baharu dan setiap hari akan mengisinya pada waktu pagi dan meninggalkan botol kosong di atas meja untuk digunakan pada hari berikutnya, menurut dokumen.

Beberapa hari berlalu, botol air wanita itu mula berbau busuk atas sebab yang tidak diketahui.

ARTIKEL BERKAITAN: Kencing dalam botol, tahi merata... bilik dah macam tong sampah! Satu rumah busuk kerana seorang penyewa pengotor

Wanita itu membuang botol berbau busuk itu dan membeli satu lagi botol untuk dibawa ke pejabat.

Pada 20 September, rakan sekerja mangsa mahu menolongnya untuk mengisi air, namun mula curiga selepas melihat air di dalamnya berwarna kuning.

Mereka yakin ia air kencing dan bertindak membeli kamera tersembunyi untuk dipasang di bawah komputernya.

Akhirnya, tindakan Diaz terbongkar dengan bukti rakaman video yang diperoleh mangsa.

Mangsa turut membuat laporan di balai polis Houston keesokan harinya sebelum lelaki itu ditahan pada 5 Oktober.

Mangsa turut memberitahu penyiasat dia diuji positif STD sambil menyatakan keputusan ujian untuk jangkitan lain masih belum dikeluarkan.

Pelaku pula disahkan positif penyakit sama, dan pelbagai lagi penyakit lain.

Pejabat Peguam Daerah Harris County memfailkan tuduhan terhadap Diaz pada 13 Oktober. – The Houston Chronicle/Tribune News Service.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan