PAKAR perubatan berkata penyakit berjangkit dari fungus dipanggil sebagai 'Disease X' boleh bawa malapetaka kepada dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kebarangkalian untuk manusia maut dari penyaklit fungus ini meningkat mendadak kerana ia kini sukar untuk dirawat dengan antibiotik biasa. Selain itu, peningkatan pergerakan manusia di antara negara di samping pemanasan global menyebabkan risiko itu bertambah buruk, kata pakar. Ahli perubatan juga telah menyenaraikan 19 jenis fungus yang perlu diberikan perhatian segera bermula daripada yang kritikal kepada sederhana kepentingannya. Dari empat yang terletak dalam kategori kritikal, satu patogen yang dikenali sebagai Cryptococcus Neoformans telah disenaraikan sebagai ancaman yang besar. Kulat patogen yang berbahaya itu boleh hidup di dalam tanah dan kayu selain mempunyai kadar kematian di antara 41% sehingga 61%. Satu lagi patogen yang terletak di bawah kategori kritikal adalah kulat Candida Auris yang potensinya untuk menjadi wabak adalah tinggi dan telah menjangkiti beberapa hospital. Ia mempunyai kadar kematian di antara 29% sehingga 53% dan adalah yang paling kuat ketahanannya kepada rawatan anti-fungus. Patogen ketiga dalam senarai kritkal ialah Aspergillus Fumigatus, sebuah kulat yang boleh masuk ke dalam badan melalui pernafasan dan merebak ke otak berpotensi membunuh mangsanya. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI