suria

Gandingan 2 cef pecah rekod, buat sushi terbesar di dunia dengan masa paling pantas

Dua chef ini memegang takhta sebagai pembuat sushi terbesar di dunia.

GANDINGAN tukang masak profesional Nick DiGiovanni dari Amerika Syarikat dan Lynn Davis dari Jepun telah berjaya memecahkan dua rekod Guinness World of Records.

Gandingan cef tersebut merekodkan masa paling pantas untuk memperisikan 10 paun ikan bersamaan dengan 4.5 kilogram (kg), dan menghasilkan sushi terbesar.

Dalam cubaan memecahkan rekod itu, mereka telah membuat satu gulungan sushi gergasi yang mempunyai berat bersamaan dengan 45,000 sushi bersaiz biasa.

Antara bahan yang digunakan adalah 907.1 kg beras sushi, 226.1 kg salmon, 226.7 kg timun dan jutaan bijan.

Menurut Guinness, gulungan sushi gergasi itu berukuran 2.16 meter dan memakan masa tiga jam untuk menghasilkannya dan memerlukan tenaga kerja seramai lapan orang.

Selain itu, Gordon Ramsay pada mulanya memegang rekod terpantas untuk memperisikan 10 paun ikan dengan masa satu minit lima saat, Nick memecahkan rekod itu dengan masa satu minit dan 0.29 saat, perbezaan 4.71 saat.

Manakala untuk rekod gulungan sushi terbesar, mereka menewaskan rekod sebelumnya dengan perbezaan 0.06 meter, di mana rekod terdahulu dipegang oleh Daniel Ramirez dari Chile yang membuat gulungan sushi berukuran 2.10 meter.

"Kesemua gulungan sushi itu akan diambil oleh rakan sepasukan saya di Farmlink dan diberikan kepada rumah perlindungan gelandangan di Boston", ujarnya. - The Indian Express

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain