BERTEBARAN di media sosial surat cinta yang ditulis murid tahun enam sebuah sekolah rendah kepada teman perempuannya. Alangkah terkejutnya dalam kalangan netizen apabila membaca isi kandungan surat tulisan tangan itu. Mana tidaknya, surat luahan isi hati murid lelaki itu turut mengandungi kata-kata berunsur gangguan seksual kepada si gadis! Surat yang dimuat naik di akaun Twitter @tanyakanrl itu dikongsikan seorang individu kerana bingung dengan perlakuan rakan kepada adik sahabatnya. “Adik pengirim daripada kelas 6 SD (sekolah dasar) baru cerita yang dia terima surat ini daripada rakan sekelasnya. Mesej seorang individu bertanya pendapat tentang surat berkenaan. “Ada apa-apa cadangan tentang tindakan yang boleh diambil?” tanya individu berkenaan. Amat mengejutkan kerana kandungan surat itu langsung tidak mencerminkan cara pemikiran murid yang masih bersekolah di peringkat rendah. “I love you! Aku ingin menyatakan bahawa aku teringin agar kamu ji*** ko**** dan aku akan ji*** me***** di kamar mandi, boleh? “Kamu begitu manis dan cantik. Jika (jawapannya) ‘yes’ esok tunggu aku di kamar mandi cowok (lelaki). ARTIKEL BERKAITAN: [V] Influencer amuk awek curang, letak telefon bawah pintu bilik nampak laki tak berbaju ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin tak tahu memandu ‘test drive’ kereta dihadiahkan mentua... makcik maut dirempuh, 4 cedera “Kalau ‘no’ kamu buang kertas ini dan tampar aku sebelum pulang,” demikian antara kandungan surat penuh berahi itu. Rata-rata netizen akui terkejut dengan apa yang dikongsikan dan meminta agar melaporkan hal berkenaan kepada pihak sekolah dan waris pelajar lelaki tersebut. “Sistem sekolah harus diubah, kita berdepan rintangan yang lebih sulit. “Lapor kepada gurunya. Bawa juga adiknya (penerima surat) kepada kaunseling. Ini gangguan seksual. “Boleh tulis begitu? Hal ini mesti diberitahu kepada orang tuanya dan pihak sekolah kerana tidak wajar murid tahun enam berkelakuan begitu. “Sangat menyeramkan! Tahun enam pemikirannya sudah begitu. Jika dibiarkan kelakuannya akan berpanjangan sehingga besar,” demikian antara komen netizen. Untuk rekod kejadian yang berlaku di Indonesia ini turut mendapat liputan meluas media di negara itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI