suria

Esok majlis kahwin, pengantin adakan seks dengan lelaki lain pakai gaun pengantin... tak kisah siapa bapa kepada bayi bakal lahir

Wanita ini terpaksa bersembunyi selepas kantoi curang bersama lelaki lain pada malam sebelum perkahwinannya.

SEORANG wanita yang memakai gaun pengantinnya untuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain pada malam sebelum majlis perkahwinannya terpaksa bersembunyi gara-gara dikecam.

Skandal itu bukan sahaja membuatkan ahli keluarga marah, tetapi turut menimbulkan kemarahan di media sosial.

Perbuatannya mula terbongkar apabila mesej perbualannya dengan lelaki lain tersebar dalam talian.

Lelaki itu menggunakan nama Xiaobailong, yang bermaksud Naga Putih Kecil dalam bahasa Inggeris.

Kecaman di internet terhadap wanita itu yang dikenali sebagai Wu bermula apabila posting tangkap layar perbualannya dengan Xiaobailong tular di internet.

msg

Tangkap layar perbualan yang tular.

Pengantin lelaki yang tinggal di di wilayah Hunan, China, diberitahu tentang kecurangan isterinya pada majlis perkahwinannya.

Bagaimanapun, mereka telah mendaftarkan perkahwinan secara sah pada 9 November.

Suami yang patah hati itu kemudian membuat laporan polis untuk melindungi haknya dan memfailkan perceraian.

Segalanya bermula dua hari sebelum majlis perkahwinan, di mana Wu telah berbual dengan Xiaobailong yang pernah melakukan hubungan seks dengannya beberapa kali sebelum ini.

Wu menunjukkan gambar dia memakai gaun pengantin dan memberitahu lelaki itu alamat rumah baharunya.

Xiaobailong kemudian mengajak Wu melakukan hubungan seks pada hari berikutnya, hanya 24 jam sebelum majlis perkahwinan berlangsung dan Wu bersetuju.

Xiaobailong juga mencadangkan 'idea berani' untuk tidak menggunakan perlindungan semasa melakukan seks dengan berkata: "Serahkan kepada Tuhan. Kita tengok kamu akan hamil anak siapa."

"Serah pada Tuhan. Saya tak takut," jawab Wu.

Xiaobailong kemudian menyatakan cadangannya untuk menjemput lelaki lain menyertai seks mereka berdua dan meminta Wu memakai gaun pengantinnya.

Wu bersetuju dan berkata: "Saya rasa diri sendiri pun tak baik sebab saya juga mahukannya."

kahwin

Majlis perkahwinan diteruskan walaupun pengantin lelaki tahu isterinya curang.

Tidak diketahui sama ada lelaki ketiga menyertai mereka atau tidak.

Keesokan harinya majlis perkahwinan berjalan seperti yang dirancang.

Ketika itulah Xiaobailong berkongsi perbualannya dengan Wu dalam grup WeChat, untuk menjawab pertanyaan salah seorang daripada ahli kumpulan itu yang bertanya apa yang akan berlaku jika Wu hamil.

"Siapa akan jadi bapa bukan urusan saya," jawabnya.

Selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu, suami yang berang menuntut semula hadiah pertunangan yang diberikan kepada keluarganya mengikut tradisi Cina.

Wu yang menerima kecaman hebat terpaksa meninggalkan bandar.

Suaminya berkata skandal itu telah menjejaskan kesihatannya sehingga dia memerlukan rawatan hospital. Ibunya juga dimasukkan ke hospital akibat jatuh sakit selepas mendapat tahu perkara itu.

"Kejadian ini memberi impak besar kepada keluarga kedua-dua belah pihak. Saya harap semua orang jangan terlalu kejam," kata suami Wu di laman Douyin.

Akaun Douyinnya dibanjiri mesej daripada netizen yang cuba mengubat hatinya yang lara.

"Tiada siapa pun ketawakan awak, bro. Awak lelaki yang baik.

"Awak bertuah kerana mengetahui kebenaran tepat pada masanya, kalau tak anda akan ditipu sepanjang hidup.

"Kes ini membuatkan saya berasa takut untuk berkahwin," demikian antara komen netizen. -SCMP

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain