KEMUNCULAN seorang lelaki separuh bogel di kawasan kejiranan menakutkan penduduk. Lelaki berkenaan dikesan menunjukkan kemaluannya pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah jiran-jiran. Perbuatannya itu digeruni oleh penduduk di Dagenham, timur London di United Kingdom. Segelintir mereka berkata, lelaki itu dilihat meletakkan alat sulitnya ke dalam peti surat. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki didakwa di mahkamah, masukkan kemaluan dalam mulut burung camar Bercakap kepada MyLondon, seorang penduduk memberitahu, kejadian yang berlaku menakutkan dan membuatkan mereka berasa tidak selamat. "Terdapat laporan lain mengenai orang sama melakukan perkara sama. "Perkara ini telah berlaku sejak sekian lama. Dia perlu ditangkap," katanya. Seorang wanita turut berkongsi kebimbangannya di media sosial: "Malangnya dia memasukkan kemaluannya ke dalam peti surat juga. "Banyak kali dilaporkan, setakat ini saya percaya dia belum ditangkap lagi." Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut haram dalam Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube