suria

Demi kasih ibu, budak lelaki payungkan mak solat tarawih di tengah hujan menyentuh hati

Seorang kanak-kanak memayungkan ibunya yang sedang solat ketika hujan.

TULAR rakaman video menunjukkan seorang budak lelaki memegang payung sewaktu ibunya mengerjakan solat tarawih ketika hujan.

Momen menyentuh hati itu dimuat naik di akaun TikTok @n0tyourhabibtii, pada 30 Mac lalu.

Menerusi video tersebut, kelihatan jemaah menunaikan solat tarawih ketika hujan sehingga mereka basah lencun di luar masjid.

Pada masa sama, seorang budak lelaki yang berada dalam salah satu barisan jemaah mencuri tumpuan.

Mana tidaknya, dia berusaha untuk memayungkan ibunya yang sedang solat agar tidak basah.

Malah, dia dilihat begitu berhati-hati mengikut setiap pergerakan solat ibunya bagi memastikan tidak terkena hujan.

Video tersebut ditonton sebanyak 9.5 juta kali, dengan rata-rata netizen tersentuh dengan tindakan budak lelaki itu. -TRIBUNNEWS

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain