TULAR video mengenai pasangan warga emas sedang berjalan kaki di tepi lebuh raya semata-mata untuk berjumpa dengan cucu. Kehadiran mereka dikesan anggota polis, dalam satu kejadian di lebuhraya Cisumdawu, di Jawa Barat, Indonesia, pada Rabu. Video tersebut dikongsi di akaun Instagram @polressumedang, Selepas disoal polis, pasangan warga emas itu mengaku hedak ke Rancakalong untuk bertemu dengan anak dan cucu mereka. Menerusi keterangan video, mereka meluahkan kerinduan terhadap cucu dan sanggup berjalan kaki dari rumah di Jatihurip, Sumedang Utara. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki di sebalik maskot lusuh sanggup jalan kaki 20km, siap bawa anak nombor 2... Gigih cari duit demi keluarga Pasangan itu memilih berjalan kaki di tepi lebuh raya kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar tambang. Polis Sumedang mengarahkan kedua-duanya berehat dan kemudian membawa mereka ke hentian pengangkutan awam. Menurut kenyataan pasangan itu lagi, mereka sebenarnya telah berkumpul sekkeluarga. "Difahamkan, kedua-dua warga emas itu mengalami hilang ingatan," tulisnya. Malah, keluarganya juga telah menziarah pasangan itu pada Hari Raya, baru-baru ini. Namun beberapa hari kemudian, kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk ke rumah anak dan cucu di Rancakalong. - Kompas Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube